Feb 12, 2011

ANWAR IBRAHIM PEMBAWA IMEJ RAJA FIR'AUN!!





Isu Mesir akhirnya selesai. Presiden Hosni Mubarrak akhirnya meletak jawatan dan menyerahkan kuasa tentera untuk menyelesaikan pergolakan yang berlaku. Akan tetapi, isu ini masih tidak selesai di Malaysia. Pembangkang telah mengambil kesempatan mengenai isu Mesir bagi menyuntik racun pemikiran rakyat. Anwar Ibrahim antara pencetus idea strategi ini. Beliau akan memastikan Malaysia akan mengalami keadaan, situasi dan pemberontakan seperti di Mesir. Apa peranan kita? Siapa yang bertanggungjawab jika Malaysia Negara seterusnya menghadapi pemberontakan kritikal seperti di Mesir. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akhirnya bersuara. Beliau bukan sekadar menyelar, malah memberi serangan peluru senapang buat Anwar dan kuncu2 nya. Biar mereka 'ditembak', daripada mereka menjadi punca rakyat ditembak akibat hasutan orang2 sebegini.




Bagi pandangan Melayu CinDia, Zahid Hamidi cuba memberi mesej bahawa tindakan hasutan Pembangkang mengenai isu Mesir ini telah membogelkan strategi tulen perjuangan Anwar Ibrahim secara total yang berniat untuk menghancurkan Kerajaan Malaysia dengan kaedah yanf sama seperti yang berlaku di Mesir. Agak aneh apabila isu kemanusiaan ini juga telah dijadikan bahan politik sempit.

Sikap Zahid Hamidi yang menyerang dakwaan Pembangkang amat relevan kerana beliau memegang portfolio Pertahanan Negara. Dan beliau mesti memastikan tiada sebarang unsur2 yang boleh menggugat maruah keselamatan Negara.

Tapi Pembangkang bernasib baik. Mereka dibenarkan menabur fitnah di merata2 tempat. Jika mereka merupakan warganegara Mesir, mungkin mereka kini berada di tahanan penjara. Tapi ianya tidak berlaku di Malaysia. Kerana Negara ini adalah Negara Demokrasi. Zalimkah Kerajaan kita?

Melayu CinDia sendiri jika diberi pilihan dalam ramai2 Pemimpin UMNO, Zahid Hamidilah paling layak menyerang Anwar dan kuncu2 nya di dalam PKR. Kerana apa? Kerana beliau lebih kenal kebanyakan pemimpin2 PKR termasuklah Anwar sendiri.

Tapi Ezam Mat Noor, Ruslan Kassim, Anuar Shaari dan geng2 seangkatan juga orang Anwar satu ketika dahulu. Kenapa Melayu CinDia tetap memilih Zahid Hamidi? Kerana beliau tidak pernah mengkhianati parti. Beliau setia pada UMNO. Tidak pernah berganjak bersama parti UMNO yang memonopoli perjuangan Agama, Bangsa dan Negara ini. Beliau sedar, tiada perjuangan yang kental dan bertamadun melainkan UMNO. Jika beliau juga dahulu keluar parti dan ikut Anwar, Melayu CinDia hilang hormat pada beliau. Di situ kita boleh nilai kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran seseorang yang bergelar Pejuang Politik.

Kementerian Pertahanan baru2 ini turut terlibat secara langsung memberi kerjasama dalam melaksanakan misi bantuan Pelajar2 Malaysia di Mesir. Kementerian Pertahanan telah membekalkan Pesawat2 termasuklah Pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membawa pelajar2 terbabit pulang ke tanahair.

1 comments:

Garudada said...

down anwar! perosak bangsa..

Powered by Blogger.