Feb 17, 2011

ANWAR HINA ORANG MELAYU DI TERENGGANU!!





Anwar Ibrahim semakin gila dan bercelaru dengan kes liwatnya. Kesan kecelaruan tersebut, masyarakat Terengganu pula yang menjadi mangsa. Anwar telah menghina beberapa peniaga2 Batik di Terengganu yang bertungkus lumus menaikkan imej perniagaan mereka di mata dunia. Tindakan Anwar ini merupakan 1 penghinaan terhadap masyarakat Terengganu terutamanya Melayu yang menjalankan aktiviti perniagaan batik. Tindakan Anwar yang memperlekeh perniagaan batik di Terengganu turut mendapat respons dari Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.




Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlekehkan keluaran batik tempatan di luar negara.

"Kita bertungkus lumus perkenal batik kita sehingga ke luar negara, tiba-tiba orang kita sendiri memperlekehkannya. Kalau dia tidak suka kerajaan Malaysia, jangan kata semua tak betul, jangan buat benda yang tak rasional. Nak sokong batik Indonesia, sokonglah, tapi jangan sampai melemahkah pengeluaran batik kita," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang dilaporkan memperlekehkan batik tempatan pada satu festival di Jakarta baru-baru ini.

Datuk Ahmad turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang tersebut sambil bberkata Peniaga2 kecil batik di Terengganu turut "merasa tempias" daripada perbuatan Anwar itu, malah ianya memberi kesan terhadap perniagaan batik di Negeri ini memandangkan Terengganu adalah pengeluar utama batik sutera dan kain batik di Malaysia

"Lagipun batik kita berbeza dari keluaran negara jiran itu kerana batik mereka banyak gunakan gambar binatang, burung dan sebagainya, sedangkan batik kita berbentuk bunga atau abstrak yang lebih menarik," katanya



0 comments:

Powered by Blogger.