Feb 25, 2011

ALI RUSTAM BUKTIKAN PAS PELACUR MARUAH AGAMA!!





Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini memberi peringatan keras kepada kesemua pengundi Merlimau khasnya dan rakyat Malaysia amnya agar tidak mengundi mana2 parti yang bersengkongkol dan menjulang pemimpin bernama Anwar Ibrahim termasuklah PAS. Ini kerana PAS bukan sahaja bersubahat dengan DAP dan Anwar dalam mencapai misi dan matlamat menghancurkan Islam/Melayu, malah turut memberi jalan mudah bagi mencapai agenda menggadai maruah Negara.




Beliau turut menjelaskan tidak mustahil Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Mesir dan Libya jika Anwar dan parti2 yang bersekongkol dengannya menawan Kerajaan Pusat. Ini kerana Pembangkang sentiasa mencari jalan mudah dan sanggup menipu rakyat dengan janji2 yang diberikan untuk merampas kuasa Kerajaan sedia ada.

PAS juga kata Ali Rustam telahpun diberi tugas besar oleh Anwar untuk menggunakan Agama dengan menggunakan fatwa2 rekaan mereka sebagai alat dan senjata politik bagi meyakinkan rakyat agar misi Anwar akan tercapai. PAS juga dijadikan kambing hitam berkempen ke seluruh Malaysia menyatakan perjuangan DAP adalah perjuangan yang lebih murni dan wajib bagi setiap umat Islam memilih DAP jika bersaing dengan UMNO dan BN.

Ini adalah realiti yang akan berlaku jika kuncu2 Anwar menawan Malaysia. Ali Rustam turut dengan rasa rendah diri berkata, beliau bukanlah seorang Pemimpin yang sewajarnya dijulang kerana memajukan Negeri Melaka kerana tanpa UMNO, Melaka kini ibarah sebuah Negeri Bersejarah yang telah uzur dan usang. Jika tiada UMNO dan BN sebagai pemerintah, Melaka tiada nilainya. Kini Negeri ini bukan sahaja diikhtiraf Negara, malah dunia juga telah menjulang Melaka sebagai sebuah negeri yang akan terus dipertahankan.


0 comments:

Powered by Blogger.