Feb 2, 2011

AIR MANI KHALID GAGAP TAK LAKU !!





Maaf jika tajuk artikel ini membuatkan pembaca kurang selesa. Akan tetapi, ini sahaja yang Melayu CinDia dapat gelarkan pada sebuah Kerajaan yang dahulunya mencanang 1 dunia menggelar mereka adalah jaguh, membela kebajikan rakyat. Kononnya. Kerajaan sebuah Negeri yang pada luarannya maju tetapi rakyatnya semakin terseksa. Kerajaan Negeri Selangor. Semakin dikritik, semakin liar. Mungkin pimpinan Khalid Gagap wajar dicarutkan saja. Salah satu isunya, air yang menjadi nyawa rakyat. Begitu kemaruk hendakkan syarikat air yang kononnya diseleweng SYABAS dan 2 syarikat lain iaitu SPLASH dan PUNCAK NIAGA. Sahabat Melayu CinDia yang bekerja di bawah SYABAS sendiri membongkar baru2 ini bahawa Khalid Gagap telah memaki hamun beberapa pekerja SYABAS kerana kononnya bersubahat bagi menggagalkan misi tersebut. Ini berikutan keputusan 3 syarikat air ini menolak tawaran Khalid Gagap untuk pengambilalihan di bawah Kerajaan Negeri 100%. Kononnya Kerajaan Negeri berniat baik untuk memberi perkhidmatan air percuma kepada syarikat ini.




20 meter padu percuma merupakan satu tawaran gergasi yang diberikan Kerajaan Negeri semasa PRU 12. Ini tidak dinafikan memberi pengaruh pengundi terhadap kemenangan Pembangkang. Tawaran ini dijanjikan kepada kesemua warga yang menetap di Selangor. Akan tetapi, hadiah istimewa ini hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Rakyat berpendapatan rendah yang menginap di rumah2 flat di Selangor diketepikan. Malah, pihak wakil2 rakyat DAP, PKR dan PAS langsung tidak mempedulikan masalah mereka. Apatah lagi Majlis Perbandaran yang menjadi alat mengut keuntungan Exco2 Selangor. Bayangkan, salah satu Majlis Perbandaran di Selangor yang terkaya di Malaysia kini terpaksa mencari peruntukan dari pihak luar. Ke mana hilangnya wang ini? Hendak dikata digunakan untuk perkhidmatan rakyat, bandar tersebut macam tu juga. Siapa yang kaut?

Dahulu semasa kempen PRU 12, Kerajaan Negeri secara jelas akan membantu pemberian air 20 meter padu percuma dengan memberikan subsidi. Ke mana subsidi tersebut? Sudah habiskah sehingga terdesak hendak dapat hasil 100% syarikat SYABAS, SPLASH dan PUNCAK NIAGA telah memberi 30% keuntungan (setiap syarikat) kepada Kerajaan Negeri? Ke mana wang tersebut? Kemudian, diberitahu kepada rakyat Selangor telah berjaya mengukuhkan ekonomi Negeri dengan serbuan beberapa pelabur, hasil yang mencapai tahap luar biasa. Takkan tidak mampu memberi subsidi pada rakyat?

Jangan beri alasan2 bodoh. Kerajaan Negeri telahpun berjanji. Maka ianya mesti dikotakan. Tidak kira apa jua sebab Kerajaan Negeri mesti bertanggungjawab. Ego dan Bodoh. Hal berkaitan Kerajaan Negeri pun disalah Kerajan Pusat yang didakwa mengawal SYABAS, SPLASH dan PUNCAK NIAGA. Sebuah syarikat swasta yangttelah diperkuda BN. Logikkah?

Khalid Gagap bukan sahaja gagal mentadbir Selangor, bukan sahaja gagal mengawal penyelewengan, malah ianya bertambah kritikal.

4 comments:

Pemuda TG said...

Saudara GR,
Sebagai seorang yang amat berpengalaman sebagai saudagar unta seperti Klid Gagap.
Perniagaan air adalah satu nikmat yang dianugerahkan oleh ALLAH secara percuma. Jadinya...

1.Kenapa nak bagi orang lain urus bisnes air? Kenapa tidak Klid Gagap?

2.Sumber air adalah percuma dan apa yang perlu dilakukan oleh Klid Gagap, hanyalah untuk menuai hasil dengan tidak perlu bersusah payah.

3.Jumlah pelanggan yang telah tersedia ada (domestik, komersial & industri). Rumah siapa yg tak pakai air di Selangor. Pasti semua mempunyai meter air dirumah masing-masing.

4.Bisnes tunai yang sangat besar. Setiap pemilik rumah kena bayar dalam tempoh yg ditetapkan, kalau lmbt kena potong air.

5.Semuanya kerana faktor duit...ingat AIR, ingat DUIT...

Pakatan Kencing Rakyat...samdol !

Anonymous said...

Itulah kata pepatah orang tua-tua"Dengar guroh dilangit(janji kosong PR),air tempayan dicurahkan (jasa BN dilupakan)".Masalahnya mendung (kerajan PR Selangor) masih berarak (mentadbir),tapi hujan tak jadi turun (ada rakyat yang tak merasa nikmatnya).Jawapnya,hadap sangatlah kerajaan PR tu.Jangan pulak dah terhantuk baru terngadah.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tanggunglah deritanya.

Anonymous said...

I HATE the present state government and just waiting for the time when they all will just go to HELL, the deepest HELL that is. They are full of bull-shit and WORST than any state government in Malaysia now.

Anonymous said...

Hanya UMNO/BN yang tau "jaga" rakyat. Minyak diam2 naik harga lagi. Barangan harian pun diam2 letak harga baru. Orang kaya apa perduli naik harga. Yang miskin berkira duit siling digenggaman saja.. nak bersuara tak laku. Akbar tiada, blog, facebook, twitter tiada .... hanya sekadar berputih mata... lihat gelagat ceo kapitalis yang kaya raya! Sekali sekala ceo glc, ceo kororat monopoli, ceo parti "turun padang" bersama ahlul politikus .. kerana prk/pru.. aku rakyat miskin dikerah mengangguk "setuju" kepada kata2 berbisa para TUAN BESAR UBN ...........zzzzzzzz...

Powered by Blogger.