Feb 4, 2011

ADUN SERI MUDA DIGELAR HANG JEBAT !!





Kerajaan Selangor semakin buntu. Akhirnya terperangkap dengan kesalahan sendiri. Tapi tidak pernah putus asa. Strategi menderhakan Sultan secara halus dilaksanakan. ADUN Seri Muda yang menghina krelibiliti Sultan Selangor telah dijulang bagaikan seorang pendekar Hang Jebat. Kononnya. Bacalah cebisan dari Selangorkini ini. Fikirlah sejenak. Apa yang dilakukan ini dari luaran kelihatan seperti perwira. Apabila dikaji secara mendalam, inilah pengkhianat Bangsa yang diakui bijak mengatur strategi menyuntik racun rakyat.



Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.

"Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada BN dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat," demikian menurut kenyatan sekretariatn akhbar, pejabat menteri besar Selangor.

NONE"Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah
tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

"Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada YB Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu," tambah kenyataan itu lagi.

Katanya, ia dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan, menyokong dalam sidang DUN 24 Januari lalu untuk mengembali perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada sultan Selangor dan menteri besar untuk memilih tiga pegawai tinggi kerajaan negeri.

"Sebaliknya, kesemua ADUN Umno/BN pula menolak pindaan ini yang sekaligus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

"Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-Raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka," katanya.

Rakyat juga, tambahnya, dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara, diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

"Dalam kes YB Shuhaimi, kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk YB Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

"Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

DUIT RAKYAT SELANGOR DIGUNAKAN LAGI UNTUK BAYAR KOS PERUNDANGAN AHLI PKR. BAGUSLAH TU... PASTU KES KES SEPERTI KUGAN ADALAH KES SANGAT PENTING BAGI PKR SEBAB NAK DAPAT SOKONGAN ORG INDIALAH TU MACAM HINDRAF DULU.. BENG HOCK ORG CINA... AMIRUL ORANG MELAYU.. NEXT PRU13 KES KES NI AKAN DIBANGKITKAN SECARA BESAR BESARAN..KES HINA SULTAN TU KES KECIL AJE BAGI PKR.. BODOH PUNYA ORANG.. SKRG NI ORANG SALAH PUN BOLEH JADI HERO NEGARA.

Anonymous said...

RASANYA INSTITUSI KEHAKIMAN DAN POLIS DIBAWAH AGUNG BUKAN BAWAH BN. BILA DAH DAPAT KUASA NANTI JADI BAWAH PR LAH.. KEHAKIMAN BAWAH KARPAL SINGH... POLIS BAWAH LIM KIT SIANG.. KENAPA KES LIWAT TAK HABIS HABIS LAGI.. MANA KEADILAN-NYA.. BELUM DAPAT KUASA PUN DAH PANDAI PUTAR BELIT.. BANYAK PUTAR ALAM PUNYA ORANG.. DAP NI MEMEANG SEJAK AZALI LAGI MEMANG PANDAI MEMPERTAHANKAN ORANG SALAH.. TAK SILAP ITU SINGH JADI GLAMOUR PUN SEBAB NI..

Anonymous said...

cakap boleh lah masa belum berkuasa penuh.. al juburi masa ada kuasa gunakan polis untuk kepentingan diri dia.. dia dimasukkan ke sg buluh sebab salah guna kuasa< kita janmgan lupa sejarah..aljuburi arah polis tangkap ummi dan pihak yang dedahkan aktiviti menjuburnya...da dpt kuasa sikit janji tinggal janji..Kaum India da kena tipu, Melayu da kena liwat, kaum cina pun sama...cuma yg untung juak2nya aja.. sudah lah mb gagap

Powered by Blogger.