Feb 28, 2011

ADUN PAS PAHANG ISYTIHAR SOKONG CALON BN KERDAU??





Sambutan Maulidul Rasul yang diraikan semalam di Kampung Kuala Tekal yang juga merupakan kampung kelahiran Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim. Apa yang menariknya, sambutan ini bukan sahaja mendapat sokongan dan dihadiri sahabat Syed Ibrahim dari kalangan ulama' Indonesia, malah Calon PAS DUN Kerdau dan ADUN Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamad turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap Majlis ini.



Majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran beberapa sahabat2 yang sama2 menuntut ilmu Agama dengan Syed Ibrahim. Syed Ibrahim kelihatan turut gembira dengan sokongan dari sahabat2 ulama' apatah lagi kehadiran Calon PAS dan ADUN PAS Semantan menambah lagi rasa sebak tanda sokongan mereka terhadap Majlis yang dianjurkan oleh penduduk2 Kampung kelahiran beliau.

Syed Ibrahim berkata inilah sebenarnya wajah Islam yang sebenar di mana tiada permusuhan di kalangan umat Islam. Islam merupakan Agama yang sentiasa memberi panduan bahawa pentingnya umat Islam bersatu dan tidak bermusuh sesama sendiri. Alhamdulillah, tiada kejadian 2 imam berlaku ketika menunaikan Solat Maghrib dan Isyak seperti yang berlaku di beberapa Negeri sebelum ini melibatkan Imam UMNO dan Imam PAS. Kesemuanya kusyu' bersatu mengadap Ilahi.

Calon PAS DUN Kerbau memberi penghormatan menyerahkan kepada Syed Ibrahim bagi mengepalai bacaan doa selepas selesai Majlis sebelum masing2 menjamu selera hidangan yang disediakan.


2 comments:

Anonymous said...

sambutan maulid rasul pun nak politik kan juga?

aiyooo...umno, macam2 putar belit!!!

Pas is dead said...

Puak mana yg terlebih dl suke mempoltikkan satu agenda kalo bukan puak pas.... Haaaaaa... Tepuk dada tnya selera laaa...


Passs pisssss posssss....

Sikit2 demo dan kutip derma. Duit derma, masuk poket org atasan . Cam gampang jerr..

Powered by Blogger.