Feb 23, 2011

7 AHLI PARLIMEN PKR BAKAL TINGGALKAN PARTI!!





Semalam PKR melalui Pengerusi Jawatankuasa Audit PKR, Nik Mahmood Nik Hassan telah menafikan dakwaan sebuah portal bahawa PKR akan memecat 7 Ahli Parlimen dari parti tersebut kerana gagal meningkatkan prestasi sebagai wakil rakyat di kawasan masing2. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada beliau yang sedikit sebanyak mencalar imej parti. Memanglah betul kata mereka. Takkanlah, di saat PKR menghadapi krisis kritikal dengan keluarnya seorang demi seorang Ahli Parlimen parti tersebut, takkan senang2 PKR hendak memecat 7 Ahli Parlimen. Memang bahlul jika ada niat sebegitu. Realiti yang berlaku adalah, 7 Ahli Parlimen PKR telah dilaporkan akan keluar parti pada bila2 masa melalui kajian Jawatankuasa Audit parti tersebut. Oleh itu, PKR sengaja mengeluarkan audit untuk menjawab beberapa isu dan berdepan dengan Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Masakan mereka hendak membiarkan 7 MP parti ini keluar. Hari ini sahaja PKR hanya memperolehi 23 kerusi Parlimen, jauh ketinggalan berbanding sebelum ini iaitu 31 MP, jumlah tertinggi dalam Parlimen Pembangkang.




Apa sebenarnya punca mereka keluar parti? Semua ini adalah faktor Anwar sendiri. Anwar sedang merancang untuk menggugurkan beberapa Ahli Parlimen pada PRU123terutamanya di kalangan mereka yang seringkali bertindak di luar strategi yang dilaksanakan oleh Anwar. Tidak timbul sama sekali isu isu kelemahan prestasi sebenarnya. Kerana hendak bercakap soal prestasi Wakil Rakyat, Azmin Ali juga sepatutnya tidak lagi dipilih sebagai MP Gombak kerana sepanjang tempoh jawatannya hingga hari ini, tiada sebarang perubahan dilakukan. Malah amat jarang sekali turun padang. Cuma sejak akhir2 ini beliau secara tiba2 bergiat aktif menganjurkan program2 bukan sahaja di Gombak, malah di seluruh Selangor. Kenapa? Strategi merampas jawatan MB Selangor. Hendak kaut kuasalah.

Begitu juga beberapa Ahli Parlimen yang lain seperti Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Ampang Zuraida, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Khalid Gagap. Apa yang mereka laksanakan di Parlimen mereka? Mereka tetap bakal dipilih sebagai calon pada PRU13. Paling teruk sekalipun akan ditukar kawasan Parlimen. Yang ingkar perintah Anwar, akan digugurkan serta merta walaupun diakui prestasi mereka yang terbaik.

Jika inilah rancangan Anwar dan kuncu2 nya, tidak perlulah tunggu sehingga PRU 13. Mereka akan keluar sendiri, meletak jawatan sebagai Ahli PKR dalam masa terdekat ini. Kasihan... Impian bermula hendak merampas 31 Ahli Parlimen BN tidak kesampaian, kini Ahli Parlimen PKR pula yang bertindak keluar dari PKR. Tidak salahkan mereka. Bukankah idea ini datangnya dari Anwar?



1 comments:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Powered by Blogger.