Jan 17, 2011

YAKIN MENANG - CALON PAS NORMALA OVER CONFIDENT !!





PAS mengesahkan ura-ura sebelum ini bahawa Normala Sudirman akan menjadi calon parti itu dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang.




Pengumuman nama Normala, 38, yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, dibuat di Labis, hari ini oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Dikenali lebih mesra dengan nama Cikgu Mala, beliau merupakan salah satu nama yang telah disenarai pendek oleh parti tersebut bagi menghadapi calon BN pada pilihan raya kecil yang akan dilangsungkan pada 30 Jan nanti.

Mengenai pemilihan Normala sebagai calon, Abdul Hadi berkata: "PAS sedar wanita juga pengundi dan mereka juga perlukan suara mereka didengar". Beliau menambah ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan wanita sebagai calonnya pada pilihan raya.

Normala merupakan anak kelahiran Kampung Serom 3, Muar dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Isteri kepada Makrof Abd Mutalib, beliau merupakan ibu kepada seorang anak perempuan dan dua lelaki. Normala adalah graduan Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan merupakan anak generasi kedua FELDA.

Beliau yang memegang Diploma Perguruan mula menggiatkan diri dalam Pas selepas menamatkan pengajian pada 1997. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Jan ini.

Barisan Nasional (BN) pula akan mengumumkan calonnya pada Rabu nanti.


Laporan Bernama

2 comments:

anti bohmau said...

ingatkan bekas pelajar institut agama darul al pasiku!!!! ropa2nya bekas penuntut maktab yg kerajaan bagi latihan jadi cikgu! alangkah 'moleknya' cara cg ni membalas jasa kerajaan! pegawai kerajaan pusat yg berpaling tadah!!! bagi balikla apa sj bantuan kerajaan pusat yg dah terambil tu cg!!! haram tu sbb dah tak sokong kerajaan!!! (kalau ikut fatwa ulama pas pusat la!)

oooo..kalau sebelah puak dia, buat apapun takpa..gigit balik tangan yg dah banyak memberi pun takpa!!!

tak pelikala zaman ni. anak derhaka pun boleh jadi raja! anak derhaka pun dah jadi naib presiden parti. anak derhaka pun menjadi idola ramai! apa sangatla dgn mrk yg menderhaka dgn kerajaan ni? sjak nwar dipecat, makin ramai pulak yg dapat penyakit derhaka & busuk perut dia!!

memang aku marah sbb mak aku ajar sejak kecil "jgn ambil barang @ apa saja barang dari orang yg kita tak suka. tak payah pandangpun kalau kita tak suka."

tapi orang pas ni pelik ajaran tok guru mrk...semuanya terbalik!!!

Anonymous said...

ya, orang2 umno saja yang maksum tiada dosa..... gayalaku "TUAN BESAR UMNO" katakan... buat apapun mesti betul & mulia, ikut undang2 .... yang bukan umno tu bertaraf 'hamba sahaya'@ 'paria' saja ... orang melayu & bukan melayu mesti sembah takzim kepada umno.... kalau tidak nahas nanti!!! ... lawan lagi la teruk kena belasah.... hehehehehe

Berjuang, berjihad dan bersabarlah Cikgu Mala, Srikandi Islamis & rakyat ..... kita lakukan perubahan .....

Powered by Blogger.