Jan 10, 2011

YAAKOB SAPARI ROMPAK HASIL PETANI SELANGOR !!





Tindakan Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Permodenan Pertanian Yaakob Sapari menyekat dan menuntut ganjaran RM 800 ribu terhadap Projek Takungan Air buat petani2 di Selangor menunjukkan kerakusan politik kotor yang diamalkan Pakatan Pembangkang.




Bantuan ini yang disalurkan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak langsung dipandang positif oleh beliau dan Kerajaan Negeri. Pakatan Pembangkang dengan penuh rasa hasad dengki mengugut Kementerian untuk menghentikan projek murni ini dengan pelbagai bentuk ugutan wang.

Masyarakat Petani di Selangor rata2nya menyambut baik usaha Kementerian melaksanakan Projek Takungan Air tersebut yang mampu mengisi 1.5 juta meter padu air dan Projek Pembersihan 'feeder canal' yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerja mereka. Akan tetapi, tindakan Kerajaan Negeri menyekat dan memeras ugut dengan jumlah wang yang besar menunjukkan sikap angkuh dan Anti Kebajikan Rakyat.

Selain mengenakan jumlah bayaran RM 800 ribu, pihak Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar jentera berat yang disediakan disita malah dikenakan pula wang deposit berjumlah RM 80 ribut per hektar. Kemaruk wang.

Kerajaan Negeri langsung tidak memikirkan kesan positif projek ini terhadap petani2 di Selangor. Mereka hanya tahu mengaut keuntungan ekspress melalui penggunaan tanah2 Kerajaan Negeri tanpa mengambil kira rintihan dan pembelaan terhadap golongan tersebut.

Malah, sessi dialog isu padi di Selangor yang kononnya diterima dengan bongkak dari Yaakop Sapari dilihat hanya sekadar politik burung kakak tua. Sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas secara rasmi dari pihak Kerajaan Negeri mengenai isu padi ini. Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjemput Yaakop Sapari berdialog mengenai isu ini yang menjadi penentu nasib Petani di Selangor.

Melayu CinDia menyarakan agar pihak Datuk Seri Noh Omar agar tidak melayan tuntutan2 tersebut. Teruskan usaha membantu dan membela petani2 ini.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.