Jan 9, 2011

WIRA PERKASA KUMPUL 10 RIBU PENGUNDI BARU !!





Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini digegarkan dengan kehadiran 10 ribu anak2 Malaysia setakat semalam bagi menjayakan aktiviti2 yang dilancarkan pada PERHIMPUNAN WIRA NEGARA REVOLUSI. Kesemua yang hadir telahpun mendaftar sebagai ahli Wira Negara dengan pelbagai acara menarik dianjurkan. Acara yang dianjurkan Wira PERKASA itu akan terus berlangsung sehingga malam ini dan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.




Pelbagai acara yang memfokuskan golongan belia telah berlangsung dengan jayanya termasuklah AUTOSHOW BIKE, SCOOTER / MODERN CU, MODERN CUB ONL, VESPA & LAMBRETT, CKASSIC BIKE, AUTOSHOW CAR, SKATEBOARD COMP dan banyak lagi.


Menurut kenyataan Ketua Wira PERKASA En. Arman Azha Hj Abu Hanifah ( melalui blog ARMANDPJU ), beliau begitu teruja dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang berjaya menjayakan program ini dengan baik.

Selain itu, program yg julung kali bakal diadakan adalah satu lagi inisiatif Wira PERKASA M'sia untuk mendekati golongan yg dilabelkan sebagai Remaja Liar/Bermasalah seperti rempit, skin head, punk, underground band, x-treme dan lain-lain lagi untuk mendaftarkan diri mereka sebagai salah seorang pengundi melalui pembukaan kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kata beliau lagi, kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim akan meningkatkan semangat ke arah Generasi Pemangkin Perubahan Sebuah Evolusi Suara Anak Muda Ke Arah Patriotisme, Suara Anak Muda, Suara Keramat , Suara Anak Muda Suara Perubahan.

PERHIMPUNAN MASIH LAGI BERJALAN SEHINGGA MALAM INI. AYUH, DATANG BERAMAI2. KITA KASI GEGAR BUKIT JALIL.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.