Jan 22, 2011

WANITA UMNO LABIS BOIKOT - SOKONG NORMALA ??





Benarkah Wanita UMNO Labis bertindak memboikot calon dan menyokong calon PAS, Normala ?? Isu in telah dimainkan parti pembangkang sebagai 'senjata' untuk menang di DUN Tenang. Ianya penting sebagai titik permulaan Gelombang Rakyat di Johor. Kononnya.





Bagi Ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh pula, beliau bersikap terbuka dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan menyifatkan setiap rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT. “Saya tidak kecewa (kerana tidak terpilih). Pada saya, kesinambungan (kepimpinan parti) itu lebih penting, individu itu tidak penting. Kesinambungan parti itu penting demi kesejahteraan negara,” katanya ketika ditemui malam semalam. Kita selamanya memang setia dengan parti, saya percaya pergerakan Wanita matang dalam membuat keputusan (dan) sebarang tindakan,” katanya.

Pengakuan itu, sekaligus menolak tanggapan atau dakwaan bahawa ketiga-tiga pemimpin berkenaan - pemangku ketua bahagian Labis Rusdin Mahamud, naib ketua bahagian Hashim Daud dan Ketua Wanita Haslinda Salleh - tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti. Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Rusdin berkata rasa tidak berpuas hati itu “tidak timbul” khususnya bagi penyokongnya. Malah, katanya ketika beliau memegang jawatan ketua pemuda bahagian itu, dia sendiri bertanggungjawab melantik Mohd Azahar sebagai bendahari. "

Kita memberi sokongan 100 peratus. Kenapa perlu saya (rasa) tidak berpuas hati? Saya mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya, saya tidak ada masalah tentang perkara itu," katanya. Menurut Rusdin, keputusan itu dibuat dengan mengambil sikap mengutamakan masyarakat malah istilah merajuk tidak timbul kerana tidak menjadi calon bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman. "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, bermula dari ketua cawangan sehingga menjadi pemangku ketua bahagian. Saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik. Saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti," katanya.

Bagi Naib Ketua Bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (calon),” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Ketiga-tiga pemimpin itu turut menafikan berlakunya pepecahan sokongan susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Sebaliknya ketiga-tiga pemimpin itu hadir pada hari pengumuman calon kelmarin dan menyambut Mohd Azahar yang diisyhtihar sebagai calon. “Kita berkerja untuk mendapatkan kedudukan atau bekerja untuk masyarakat? Adakah sokongan itu kerana tubuh badan saya atau kerana kepimpinan saya,” soal Rusdin dengan nada yang tinggi. Saya masih boleh rileks. Malah saya sendiri yang menyusun program untuk beliau. Kita kena hormati keputusan pucuk pimpinan parti. Kalau kita tidak merestui, itu bukan politik namanya,” tegas Rusdin. Menurut Rusdin, Mohd Azahar adalah seorang yang merendah diri, disegani serta mempunyai ramai kawan daripada pelbagai bangsa yang akan berkerja untuk memenangkan beliau.

Bagi Haslinda pula, beliau tidak nampak perpecahan berlaku kerana pergerakan itu “memang mengenali” Mohd Azahar walaupun beliau tidak menetap di Labis. Ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan akan memberi kesan penurunan pengundian kepadanya, - ketiga-tiga pemimpin itu menafikan perkara berkenaan. Malah menurut mereka, berdasarkan pengalaman kerja dan kelulusan calon BN itu, akan membuatkan beliau lebih disegani dan boleh bersaing. “Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang. Saya ajak penyokong, sama-sama menyokong beliau (Mohd Azahar). Kita masih nak berpuak-puak atau hendakkan kemenangan. Kalau nak kemenangan, kita kena bekerjasama. Kalau nak bekerjasama, kita kena yakin dengan pilihan pucuk pimpinan parti itu adalah tepat dan itu yang menjadi amalan kita,” tegas Rusdin.

Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar pula berkata, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, dan beliau memperolehi kemenangan besar dalam pemilihan tersebut. Menurutnya, “tidak timbul perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu. “Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau memenangi kerusi tersebut,” katanya.

5 comments:

Razaq Saleem said...

salam Tuan
kitorang geng lepas spm
kitorang tak pandai macam Tuan
tapi kitorang nak tulung lawan
mak kitorang suruh lawan gak pembangkang ni
tq

Anonymous said...

As-Salam...

2 orang Calon pemimpin
2 orang Melayu
2 orang beragama Islam
TETAPI
1 Muslimin
1 Muslimat

Dalam Islam: yang mana satu patut di angkat menjadi Pemimpin atau Imam ?????

Anonymous said...

cakap je lah mmg korang xpuas hati dgn keputusan Najib. Dah di malukan najib pon masib nk tunjuk sokongan ka? Najib dh kata kita bg calon yg bleh menang jer..xkan paham lagi..hangpa 3 orang Pemangku ketua bahagian, timbalan k. bahagian & ketua wanita mmg xleh nk menang. nnt pemilihan akn datang tumbang lah tu...

Anonymous said...

ni!!! dah tau pemimpin yg dituntut oleh islam dari golongan lelaki kenapa pula kita nak pilih calon perempuan..lain lah kalau dah calon lelaki tiada.. yg tu pun bahlol sgt!!
buka kitab baca tiga ke empat kali pun tetap lelaki juga yg dituntut kecuali kitab nombor ekor..ha!! yg tu kena mimpi dulu.walaupun tak main ekor tapi kita kena ambil tau!! nanti tersilap masuk kedai

usin said...

xde teloq ke hape, yg letak pompuan jd calon apasal? mangkok hayun tul la. bila dh rasa silap pilih & mcm nk kalah, mulalah buat cite konon calon lawan x diterima penyokong sendiri. ginilah, sebelum habis banyak duit korang melepak kt tenang ni, baik korang (penyokong pas) dari luar balik semula ketempat masing2. bazir duit je kempen korang. xde maknanya de.. org tenang dh geli geleman dgn taktik korang. bye! bye! kim slm kt mak pak mentua korang ek!!!

Powered by Blogger.