Jan 29, 2011

UNDI UMNO JAHILIAH - HADI AWANG MARAH DGN. NIK AZIZ !!





Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan tidak selesa dengan kenyataan De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa orang Islam yang mengundi UMNO dianggap sebagai jahiliyah. Ini kerana tindakan Nik Aziz itu katanya akan menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia semakin hilang kepercayaan terhadap perjuangan PAS.





Hadi Awang menjawab penjelasan tersebut setelah berulang kali diacukan soalan tersebut ketika sedang minum petang bersama rakan2 nya di sebuah gerai yang dirahsiakan. Hadi Awang berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan bagi mendengar sendiri penjelasan tersebut kerana kenyataannya sedikit sebanyak akan mengurangkan undi Melayu di Tenang dan seteruskan memberi kesan terhadap keputusan PRU 13.

Hadi Awang satu ketika dahulu pernah menggelarkan mengundi UMNO sebagai kufur berkata, dalam situasi politik hari ini, isu2 yang melibatkan Umat Islam di Malaysia tidak wajar dipesongkan dengan memberi dakwaan2 kotor seperti jahiliyah, kafir dan sebagainya.

Keterbukaan PAS menyokong sebuah parti Non Muslim seperti DAP tidak membawa maksud bahawa PAS menganggap umat Islam yang mengundi UMNO sebagai jahiliyah.

5 comments:

Anonymous said...

Allah melarang memberi gelaran atau memanggil dengan gelaran yg tidak elok terhadap sesama sendiri...takkanlah seorang yg bergelar tok guru mengingkari larangan Allah...Innalillahiwainnailaihirojiun

Anonymous said...

hj hadi belajar dari pengalamannya 25

tahun yang lampau

sedangkan nik ajis baru nak belajar..

sebelum dok ngata orang Tenang

jahiliah gi selesai masaalah mun kat

kelate tu.

nun org kg mun dok tunjuk

perasae..jalan 7 tahun pun dok mampu

nak baiki...pitih banyok2 gi mano..??

wat gapo...??beli bangunan buruk kat

tengah banda..???

celupar betol mulut mung..ngan nizar

sepet tu..

makin lama..makin meluat aku ngan

puak2 nih.

sgray said...

Hadi masih berpolitik...jangan lah tertipu dengan kata2nya..Tiada lain tujuan dia tu , sekadar nak meraih simpati je [cam airmata buaya tg gak...tiada penyesalan dan tak ikhlas pun.

Anonymous said...

PAS ni dah macam badut politik dah sekarangni.. aku ketuk kepala kau, kau ketuk kepala aku.. pengarah DAP ketawa terbahak2

Anonymous said...

Ni mesti berguru dgn aljuburi(raja putar )

Powered by Blogger.