Jan 1, 2011

TUN M DIGELAR NUJUM PAK BELALANG !!





Ahli Nujum Pak Belalang. Itu gelaran yang diberikan seorang penulis dari akhbar Suara Keadilan terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed. Gelaran itu diberikan dalam sebuah kolum tulisannya yang menggambarkan Tun M seorang diktator yang rakus menilik nasib BN sejak beliau meletakkan jawatannya.




Tun M dikatakan bagaikan seorang Ahli Nujum yang menjadi nadi masa depan UMNO dan BN. Ini berikutan kenyataan Tun M yang memberi keyakinan bahawa BN akan berjaya merampas beberapa Negeri yang dikuasai pembangkang.

Agak kurang ajar bunyinya. Akan tetapi, sekurang2 nya apa yang diandaikan oleh bekas Presiden UMNO ini benar2 berlaku. Sebagai contoh, kenyataan beliau bahawa BN akan menang PRK DUN Galas dan Batu Sapi ternyata menjadi realiti. Ini berdasarkan pengalaman beliau yang meluas dalam arena politik tanah air.

Tidak seperti Anwar Ibrahim. Tak payah cerita banyak, lihat sahaja apa yang dijangkakan Anwar tentang penubuhan Kerajaan pimpinan beliau pada 16 September, adakah ianya menjadi realiti?

Tapi seperti biasalah. Pembangkang akan sentiasa mencari helah untuk menutup kesalahan sendiri. Itu semua orang tahu. Bagaikan roh menusup dalam diri saya, Kerajaan 16 September akan menjadi realiti. Bodoh gila siapa yang percaya pada ketika itu.

Tapi tak mengapa. Ramai yang telah ketahui siapa Anwar ini sebenarnya. Beliaulah Ahli Nujum, tapi menipu. Kononnya berpengalaman luas. Lupa dirikah dia siapa yang mengangkat dia ketika di dalam Kerajaan dahulu?


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

tu saje lah modal depa...gelar...mengelar...janji itu janji ini...putar sana putar sini....jaja itu jaja ini...jual itu jual ini...dll

tp end up...terbelit sendiri..

Tun Mahathir sampai skrg ni konsisten...bangunkan negara...pertahankan perlembagaan...martabatkan ISLAM...

n yang paling ketara...mereka yang dilaknat ALLAH(zionist...opportunist....munafik...fasik...kafir DAP...)masih lagi konsisten benci kan Tun Mahathir....

wallahu'alam...

RDE2012 said...

salam,

boleh link kan blog saya. terima kasih

http://revolusidarulehsan2012.blogspot.com

Powered by Blogger.