Jan 21, 2011

SULIT - ADUN PORT KLANG DIUGUT BUNUH ??





Semalam kita dikejutkan dengan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang berkuat kuasa serta merta yang diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Keputusan mengejut yang diputuskan pemimpin DAP Selangor ini diputuskan dengan alasan kegagalan ADUN Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah. Namun, ura2 ada mengatakan bahawa selain 'membunuh' karier politik YB. Badrul, tindakan drastik dikatakan bagi merampas semula kerusi tersebut bagi menstabilkan semula momentum Pilihan Raya Kecil yang sejak akhir2 ini tidak berpihak kepada pembangkang.





YB. Badrul Hisham sebelum ini merupakan salah seorang pemimpin PKR yang memenangi kerusi DUN tersebut sebelum bertindak keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Khalid Gagap. Dendam Khalid Gagap terhadap beliau begitu kuat.

Jika dilihat semula momentum PRK selepas era pasca PRU 12 iaitu pada tahun 2009, hampir kesemuanya dimenangi Pembangkang. Pembuka tirai Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksikan kemenangan Anwar Ibrahim dengan majoriti yang besar. Dan kemenangan ini telah menjanjikan rampasan Kerajaan Pusat oleh Gabungan PKR, DAP dan PAS yang dijanjikan Ketua Pembangkang itu pada 16 September. Antara PRK lain yang turut menyebelahi Pembangkang termasuklah Parlimen Kuala Terengganu, DUN Permatang Pasir, DUN Tenang, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan lain2.

Namun, ternyata kejayaan kecil mereka bersifat sementara. Rakyat kembali bangkit menolak Pakatan. Bermula dengan PRK DUN Bagan Pinang, disusuli dengan Parlimen Hulu Selangor, DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi kesemuanya dimenangi BN. Pembangkang kini dilihat semakin lemah. Ini membuat Anwar Ibrahim dan kuncu2nya semakin hilang kawalan.

Kekosongan DUN Pelabuhan Klang dilihat hanya sebagai batu loncatan agar momentum PRK kembali stabil di pihak mereka. Ianya diperkuat lagi dengan PRK DUN Tenang yang sudah tentunya tidak memihak kepada mereka. Jika YB. Badrul masih bersama PKR dan melakukan kesalahan yang sama, Melayu CinDia tidak rasa tindakan sama akan diambil. Peluang demi peluang akan diberikan kerana tindakan membuang terus akan mengurangkan kerusi DUN PKR di Selangor..

Jika mereka ada beranggapan sedemikian, ianya dilihat satu strategi yang amat bijak. Akan tetapi, bolehkah PKR menawan semula DUN Pelabuhan Klang? Jika mereka tewas, PKR akan mati tersungkur dibunuh oleh aura BN sendiri. Strategi bijak, akan tetapi bersifat sementara. Itulah strategi Pakatan. Rakyat terus menerus dijadikan alat mainan politik mereka.

Sementara itu, YB. Badrul dalam kenyataan balas menjelaskan beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.

Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini, dan menurutnya beliau belum menerima surat rasmi mengenai pengosongan kerusinya daripada pihak Dewan Undangan Negeri.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Laksamana Bentan said...

DAP belum menguasai sepenuhnya kuasa politik Malaysia tetapi sudah begitu rakus menunjukkan belang ala komunis mereka.

PKR sememangnya parti sampah yang tidak mampu berbuat apa-apa selain bermain dengan slogan menipu orang ramai.

Sudah sampai masanya gerombolan pembangkang ini ditumpaskan.

Powered by Blogger.