Jan 10, 2011

SKANDAL RASUAH ADUN KOTA DAMANSARA ??






Parti Sosialis Malaysia (PSM). Mungkin ada yang kurang mengenali parti ini. Asas perjuangan? Biasalah. Dikatakan berjuang untuk rakyat. Tapi apa yang dipaparkan seperti sebuah akhbar pilihan utama amat mengejutkan. Sebuah Kerajaan Negeri yang gahnya mencanang 1 dunia membekalkan air percuma. Percuma air sampaikan kering terus air. Nikmat rakyat hanyalah bersifat sementara. Inilah hasil "kerja keras" ADUN Kota Damansara, Dr.Nasir Hashim yang merupakan Pengerusi PSM.



Keasyikan Kerajaan Negeri Selangor berpolitik sakan, mereka lupa janji manifesto Pilihanraya. Bertempat di PPR 18 Tingkat, Seksyen 8 Kota Damansara, masalah bekalan air ini telah berlaku lebih dari seminggu. Ini terjadi gara2 pam tangki air di PPR yang didakwa rosak teruk dan tidak dibaik pulih sekian lama walaupun berpuluh2 kali aduan dibut kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dakwa penduduk kawasan tersebut, ini merupakan masalah terburuk pernah dihadapi mereka sejak menetap di sini. Mana taknya, sehingga hendak basuh baju pun terpaksa menggunakan tangki air tingkat bawah dan ianya berlaku setiap hari. Nak mandi pun kena ke tangki tersebut. Apa yang lebih menyedihkan, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas juga terpaksa naik turun lif untuk mendapatkan bekalan air.

Ada beberapa penduduk yang membuat aduan bukan sahaja tidak cuba menyelesaikan masalah tersebut, malah pihak MBPJ mendakwa ramai di kalangan penduduk kawasan tidak membayar bil air hingga tidak dapat dibaik pulih. Walhal, ianya tidak seperti yang didakwa.

Penduduk kawasan juga mendesak Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan janji mereka untuk menukar sistem meter individu agar masalah2 sebegini dapat diselesaikan. Sikap Kerajaan Negeri yang hanya lebih fokus menjaja politik murahan tidak langsung membantu rakyat seperti mereka. Sehingga hari ini, PPR Seksyen 8 Kota Damansara masih menggunakan sistem meter pukat.

Pihak penduduk juga begitu kecewa dengan ADUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim yang langsung tidak pernah turun padang mendengar rintihan dan masalah mereka. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri hanya pandai menabur janji2 politik, akan tetapi setelah 3 tahun memerintah, masalah air di sini bertambah runsing dan kritikal.

Selangor dipaparkan seluruh dunia sebagai ZON AIR PERCUMA. Kononnya tak ada lagi mana2 Kerajaan di dunia yang mengamalkan sistem sedemikian. Sibuk hendak merampas kuasa dan kekayaan SYABAS. Masalah air di Selangor semakin teruk. Ini bukan ZON AIR PERCUMA. Tetapi ZON TANPA AIR namanya.

Ini maknanya bukan hanya SUK Selangor wajar ditukar, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri pun mesti ditukar.

ps : Syabas buat Wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin atas pendedahan ini.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

pakngah56 said...

Tahniah kepada sebahagian rakyat Selangor yang telah berjaya berubah dari zon selesa kepada zon kurang selesa, kerna setelah kerjaan yang mereka pilih memerentah hanya selama hampir 3 tahun, terlalu banyak masalah dan kemelut yang timbul..masalah AIR, masalah Pasir,kes SYABAS, perlantikan SUK, kes bogel ahli exco, kes YB kafir masuk Mesjid, Kes YB pakai seksi kat Mesjid, kes Azan, dan macam2 lagi kes yang disorok dan tersorok.... namun semua telah terlambat, kena tunggu PRU ke 13 untuk cuba memulihkan keadaan... tapi bolehkah???

Powered by Blogger.