Jan 17, 2011

RM 1 JUTA - ADUN BN SELANGOR LOMPAT PARTI??





Sidang Tergempar DUN Selangor tetap akan diadakan pada 24 Januari ini bagi membuat usul pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Sepertimana yang kita sedia maklum, Undang2 ini tidak akan mendapat kelulusan tanpa mendapat 2/3 Majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Desas desus bahawa berlakunya satu komplot bagi memujuk beberapa ADUN BN Selangor untuk menyokong tersebut. Malah, terdapat tawaran lumayan diberikan terus untuk ADUN2 BN ini lompat parti meninggalkan BN. Benarkah dakwaan tersebut?



Setakat ini, Ketua Pembangkang Datuk Dr Mohamad Satim Diman menafikan sekeras2 nya spekulasi tersebut dan amat yakin bahawa ADUN2 BN tidak sesekali menyokong usul tersebut apatah lagi bertindak lompat parti meninggalkan UMNO. Ini merupakan satu ugutan dan spekulasi murahan beberapa penyokong Pakatan sebelum berlangsungnya Sidang Tergempar tersebut.

Sikap MB Selangor yang masih berdegil untuk meminda usul tersebut akibat perlantikan Datuk Khusrin telah dikritik Sultan Selangor yang menganggap Khalid Gagap tidak profesional menjatuhkan krelibiliti Datuk Khusrin. Bekas Pengarah JAIS ini telah banyak memberi khidmat terhadap pentadbiran Negeri Selangor.

1 comments:

Anonymous said...

payah sangat ke?..
alah ambik saja sorang sejuta...
ishtihar keluar umno dan masuk pakatan.....bila dalam masyuarat adun..istihar pula keluar pakatan dan masuk semula umno...
nama pun politik...
nik ajis penah suruh pengundi ambik duit umno tapi pangkah pas..
tak pandai2 adun2 bn ni...
tengok orang berpolitik mereka pun nak berpolitik...
belasah jer duit anwar tu...tak ada rakyat marah..
rakyat marah kalau dok kelentong duit pembayar cukai.
duit penyamun...penyangak yang makan..tak salah pun...
....payah2 biar aku sajalah jadi wakil rakyat...

Powered by Blogger.