Jan 8, 2011

P'TEMUAN SULIT - AGONG MINTA UMNO & PAS BUBAR ??





Ada persefahaman untuk tidak dedah apa yang dibincangkan dalam pertemuan antara pemimpin tertinggi UMNO dan PAS atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu Kuala Lumpur 24 Disember lalu. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, langkah itu bertujuan menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana pertemuan itu dibuat secara tertutup.




"Kita harus hormati persefahaman mengenai pertemuan itu, dan Yang di-Pertuan Agong mahu supaya ianya satu pertemuan tertutup. Saya hormati permintaan itu. Saya dan rakan-rakan lain dari pimpinan PAS menghormati jemputan Yang di-Pertuan Agong, sebab itulah kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan satu pertemuan antara pemimpin tertinggi kedua-dua parti politik Melayu itu. Pertemuan itu dihadiri antara lain oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaku menerima dijemput oleh Agong yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengesahkan akan mengadakan pertemuan tertutup dengan semua 138 Ahli Parlimen BN esok. Pertemuan di Parlimen bermula jam 9.00 pagi itu akan membolehkan setiap ahli parlimen berjumpa ‘empat mata’ dengan Najib dengan tempoh masa lima minit setiap orang.

"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan. Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya.

Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib berkata : "Semuanya menjurus kepada pilihan raya umum. Kita mahu dipilih semula.

“Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan."


0 comments:

Powered by Blogger.