Jan 4, 2011

PTEMUAN PAS UMNO - PRO ERDOGAN KEMBALI PANIK !!





Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu. Oleh itu, Menteri Besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.



Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan beberapa pemimpin Parti itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

Melayu CinDia - Laporan Malaysiakini ini menggambarkan Nik Aziz dan Kumpulan Pro Erdogan agak panik dengan pertemuan ini. Melayu CinDia mendapat khabar berita bahawa Anwar akan mengadakan perbincangan tertutup bersama Pro Erdogan PAS diketuai YB. Husam Musa. Ternyata merekalah yang memecahbelahkan Melayu.

Melayu CinDia menyokong sebarang usaha ke arah perpaduan Islam dan Melayu. Akan tetapi, puak2 seperti Pro Erdogan dan Anwar Ibrahim mesti kita hapuskan. Kerana merekalah penghalang utama penyatuan ini.


Persoalannya, adakah kerjasama UMNO-PAS ini akan berjaya. Sudah lama isu ini timbul tapi tiada juga jalan penyelesaian.


0 comments:

Powered by Blogger.