Jan 16, 2011

PRK TENANG - PAS DAKWA PKR JOHOR ANTI MELAYU ??





SATU PENGHINAAN!!. Itu kenyataan tegas beberapa pemimpin PKR Cabang di Johor terhadap PAS. Ianya berpunca dari tindakan PAS yang tidak membenarkan parti sekutunya itu mengadakan sebarang kempen di kawasan Melayu pada PRK DUN Tenang. Melayu CinDia mendapat maklumat bahawa PAS dikatakan khuatir dengan pendekatan Anwar Ibrahim yang mahu mengangkat Datuk Chua Jui Ming sebagai MB Johor jika Pakatan menang di Negeri tersebut. Anwar sebelum ini pernah mengumumkan akan memilih Datuk Chua sebagai MB Johor sebagai tarikan terhadap pengundi2 Cina di Johor. PKR Johor juga mendakwa tindakan PAS tersebut seolah2 menjatuhkan maruah parti tersebut yang kononnya memperjuangkan Ketuanan Rakyat tanpa mengira kaum. Beberapa Cabang di Johor juga akan mengadakan Mesyuarat Tertutup bagi mendesak PAS menarik semula arahan tersebut. Mereka mengugut akan memboikot PRK DUN Tenang dan tidak sama sekali akan membantu PAS jika arahan tersebut dikekalkan.

1 comments:

Jeffry said...

KEHKEHKEH BAGUS LER CMTU. TAK PAYAH BERTANDING LAAAAGI BAGUS! >:]

Powered by Blogger.