Jan 10, 2011

PRK TENANG - MUSTAFA ALI DISYAKI AGEN UMNO.





Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali nampaknya telah membuat andaian bahawa PAS akan tewas pada PRK DUN Tenang. Analisis yang terlalu awal telah disebut beliau semasa Sidang Media baru2 ini.




Beliau dalam kenyataan media tersebut juga menggambarkan bahawa PAS tidak mempunyai peluang cerah untuk menang di kawasan tersebut kerana mengakui bahawa DUN Tenang merupakan kubu kuat UMNO sejak dulu lagi.

Perlaksanaan misi yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memantapkan mutu kualiti FELDA dikatakan salah satu faktor sokongan diberikan terhadap BN di DUN tersebut. Mustafa Ali menyarankan agar Gabungan Pakatan menghentikan serta merta serangan terhadap FELDA yang dianggap beliau telah menimbulkan rasa kemarahan terhadap beberapa peneroka.

Dalam pada itu, Mustafa Ali juga dikatakan agak kecewa dengan prestasi Dewan Pemuda PAS yang semakin tidak agresif. Ini dilihat seolah2 Ketuanya, Ustaz Nasruddin tidak bersama PAS dan Pakatan dalam beberapa isu.

Ramai di kalangan pemimpin2 PAS Pro Edrogen yang melihat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Mustafa Ali ini seolah2 telah mula menyebelahi UMNO. Mereka agak berang dengan tindakan beliau dan dikatakan akan mengadakan perjumpaan tergempar agar dapat dibawa ke Majlis Syura untuk menukar portfoli beliau di dalam PAS.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Anonymous said...

tepat sekali.........

Powered by Blogger.