Jan 17, 2011

PRK TENANG - DAP TOLAK CALON MUSLIMAT PAS??





Penasihat DAP Lim Kit Siang mengaku kalah apabila DAP, PKR dan PAS menjelaskan kesukaran memenangi Pilihan Raya Kecil DUN kawasan Tenang pada 30 Januari nanti. Selain dari kubu kuat BN, calon Muslimat PAS dilihat tidak mampu menandingi BN di kawasan tersebut.



Lim Kit Siang hanya mengharapkan agar PAS dapat mengurangkan majoriti BN. Jika itu berlaku, ianya telahpun menampakkan kejayaan PAS Johor secara keseluruhan. Pada pilihan raya umum ke-11, PAS menerusi calonnya Mohd Saim Siran memperoleh 2,138 undi dan jumlah undi kepada parti itu meningkat kepada 3,875 undi pada pilihan raya umum ke-12.

Tenang mempunyai komposisi pengundi 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.



Artikel ini merujuk dari Laporan Bernama.

1 comments:

Anonymous said...

linkkan www.freemalaysiakini.com

untuk semua tanpa bayaran...sentiasa update

Powered by Blogger.