Jan 11, 2011

PKR PERLIS UGUT BONGKAR RAHSIA LIWAT ANWAR !!





Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis berang dan tidak berpuas hati dengan keputusan PKR Pusat mengekalkan Johari Shafie sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Ketuanya, Zamri Sapar berkata pihaknya difahamkan Johari telah dilantik berdasarkan pilihan majoriti ahli PKR Perlis. Mereka turut memprostes tindakan Anwar yang masih mengekalkan kroninya itu.



"Ini amatlah dikesali kerana PKR Perlis secara majoriti menolak pelantikan beliau berdasarkan prestasi beliau selama dua tahun menerajui PKR Perlis," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, katanya, AMK Perlis dengan sokongan AMK Cabang Kangar, Arau dan Padang Besar merasa agak terkilan dengan keputusan melanjutkan jawatan Johari.

Zamri mendakwa, ia ekoran prestasi Johari yang didakwanya amat mendukacitakan selama diberi tanggungjawab untuk mengukuhkan PKR Perlis selama dua tahun.

"Bagaimana beliau boleh dipilih lagi jika organisasi di peringkat negeri pun tidak berfungsi. Imej dan maruah PKR Perlis amat merosot di bawah kepimpinan beliau," tambahnya. Berikutan itu, katanya, AMK Perlis mendesak kepimpinan pusat menukarkan segera Johari bagi memulihkan imej dan maruah PKR negeri.

"Dan seterusnya dapat membuat persediaan bagi menghadapi PRU 13 yang semakin dekat dan dapat mengerahkan tenaga dan jentera dari peringkat cabang dan negeri bagi membantu di PRK Tenang hujung bulan ini.

"Kami AMK Perlis inginkan pimpinan baru yang lebih bertenaga dan efektif bagi peringkat negeri bagi memulihkan keyakinan ahli parti, pengundi dan seterusnya dapat mengukuhkan kembali PKR Perlis.

"Kami ingin turut sama memaklumkan bahawa dua pertiga majoriti cabang di Perlis, iaitu Cabang Kangar dan Arau, bersama dengan kami, membantah pelantikan semula Saudara Johari," tegas Zamri.


Laporan Malaysiakini.

Melayu CinDia akan kaji isu PKR Perlis yang digembar gempurkan akan dibubarkan esok....

6 comments:

red said...

nampak gayanbya, PKR mungkin akan karamm

Anonymous said...

apa la orang2 kat perlih ni. bubar je la pkr negeri tu.

saya pun anak perlih jugak, tapi dok di kl la sekarang. orang perlih xyah nak pilih2 pkr tu. mengabih beras je. hangpa semua ni tak belajar dari negeri lain ka.

-artis-

Anonymous said...

Jangan buat kerja buruk tu kalu tak setuju keluar je....cari tempat lainlah yang buleh anda jilat....

Anonymous said...

ramai yang berperangai ala-zulkipeli nordin... masa 1998.. loyar anti-fitanah liwat anwar... masa dah jadi yb 2008.. loyar pro-fitnah liwat anwar... manusia lidah biawak...opportunist!

AKU ANAK JOHOR said...

http://apofelda.blogspot.com

Anonymous said...

http://duplicated2.blogspot.com

Powered by Blogger.