Jan 29, 2011

PEMUDA BN BIKIN KECOH DI KG. TENANG !!





Kampung Tenang dikatakan kecoh setelah didatangi sekumpulan berbaju biru. Hahahaha.. Hari ini Melayu CinDia malas nak propa. Berterus terang sajalah. Jika sebelum ini, Melayu CinDia ada melaporkan program Pemuda BN di Perkampungan Orang Asli di Tenang, hari ini Pemuda BN sekali lagi turun padang memantau perjalanan pilihanraya serta memastikan pengundi2 kawasan ini mengundi calon berkaliber dari Barisan Nasional.




Jika sebelum ini, Melayu CinDia ada melaporkan gerak kerja Naib Ketua Pemuda BN, YB. Datuk Razali Ibrahim memanjau sepanjang perjalanan program BN, hari ini Ketua Pemuda BN, YB. Khairy Jamaluddin meneruskan tugasnya memantau jentera2 Pemuda BN di Tenang. Di kesempatan tersebut juga KJ sempat bertemu dengan beberapa penduduk dan mendengar masalah yang dihadapi agar ianya terus mendapat pemantauan susulan oleh BN DUN Tenang.

Melayu CinDia menarik nafas lega melihat jentera Pemuda BN di bawah pimpinan Khairy Jamaluddin dan dibantu Naib beliau, Datuk Razali Ibrahim sentiasa bergiat aktif dan agresif dalam memastikan BN mencapai kemenangan pada 30 Januari ini.

0 comments:

Powered by Blogger.