Jan 24, 2011

PAS JOHOR HINA MAHAFIR'AUN !!





PAS Johor kini bukan sahaja menjaja pengundi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak kurang terkena tempias najis dari mereka. Mereka mendakwa Tun Mahathir masih lagi mengamal politik Mahafir'aun dengan menggunakan pengaruh beliau untuk menolak PAS pada hari pengundian PRK DUN Tenang. Beberapa pemimpin PAS Johor memberi amaran kepada Tun M agar menghentikan serta merta sebarang campur tangan ini kerana sudah semakin tua dan nyanyuk.





Penghinaan ini berlaku setelah Tun Mahathir mendedahkan bahawa PAS pernah mengharamkan calon Wakil Rakyat dari kalangan wanita selepas mencalonkan Khadijah Sidek sebagai wakil rakyat Johor pada 1960 an. Pengharaman ini berkuat kuasa serta merta kerana mendakwa Wanita tidak layak menjadi pemimpin jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Pada ketika itu juga, PAS pernah berkata bahawa pengharaman calon PAS dari kalangan wanita bagi menjaga maruah dan pergaulan yang boleh mendatangkan maksiat.

Melayu CinDia berpendapat 'Fatwa' tersebut semakin dilupakan setelah PAS tercabar dengan kerja keras Wanita UMNO dalam membantu golongan wanita di Malaysia. Imej Wanita UMNO yang semakin disegani kini menyebabkan PAS terdesak menghalalkan semula penglibatan Muslimat PAS sebagai pemimpin bagi mendapat undi kaum Hawa tersebut.

Inilah realiti perjuangan PAS. Fatwa dijadikan senjata palsu untuk mempengaruhi Rakyat. Hukum halal dan haram telah diputarbelit. Agama Islam diperdagangkan demi kepentingan Politik. Rasionalkah PAS sebagai pemacu pemerintah? Oh tidak mungkin. Kerana DAP dan PKR hanya menggunakan PAS sebagai kambing hitam.

PAS Johor agaknya terlupa... Di saat mereka menghina Tun Mahathir, PAS Kedah bertindak sebaliknya dengan memberi penghargaan terhadap bekas Presiden UMNO ini.

2 comments:

Anak Lenggong said...

kalau bukan penghina dan suka menjatuhkan maruah orang lain bukan orang PAS namanya...mereka ni bukan nak lihat kepada keadaan kelemahan dan kekurangan diri sendiri..yang mereka dok sibukkan adalah menjatuhkan maruah diri orang yang tak sehaluan dengan mereka

dzimba MMIM said...

memang kerja pakatan pembangkang berbelit.. semua benda mahu dibelitkan.

Tapi akhirnya nanti.. mereka terbelit sesama sendiri.

Powered by Blogger.