Jan 28, 2011

PARTI MAKKAL SAKHTI ISYTIHAR SOKONG PAS??





Presiden parti Makkal Sakti, RS Thanenthiran membuat laporan polis terhadap bekas setiausaha pertubuhan itu R.Kannan yang dikatakan menyamar sebagai presiden parti dan menyatakan sokongan terhadap calon PAS pilihanraya DUN Tenang, Normala Sudirman. Kannan yang dipecat daripada Makkal Sakti pada Januari 2010 didakwa sengaja mengakui dirinya presiden dan membuat kenyataan parti itu menyokong PAS bagi mengelirukan pengundi-pengundi India di dalam kawasan DUN Tenang.




“Ini taktik kotor yang terdesak di Tenang. Saya harap jangan ada yang percaya kenyataan Kannan seprti dilaporkan akhbar Berita Harian pada 25 Januari dan Makkal Osai,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Labis, petang Khamis.

Katanya, Makkal Sakti menyokong Barisan Nasional malah ahli-ahli parti itu di Tenang dan Labis turut membantu kempen calon BN Mohd Azahar Ibrahim. Menurut Thanenthiran, bekas setiausaha itu dipecat bersama 14 lagi pemimpin Makkal Sakti termasuk timbalan presiden kerana berkomplot mengambil alih pimpinan parti itu serta melanggar perlembagaan parti.

“Kenyataan Kannan sengaja mahu kelirukan rakyat. Ini taktik kotor. Saya harap polis segera siasat dan ambilo tindakan,” tegasnya.

Makkal Sakti diterima menjadi penyokong BN akhir tahun lalu dan perhimpunan parti itu telah dirasmikan Setiausaha Agung BN Datuk seri Tengku Adnan Mansor. Thanenthiran disahkan Pendaftar Pertubuhan sebagai Presiden Makkal Sakti pada 21 Oktober lalu.


Laporan Agenda News

1 comments:

ice said...

pembangkang mmg mcm tu,nak menang punya pasal makbapak die pon die jual..bini kekah kt pemimpin

Powered by Blogger.