Jan 6, 2011

PAKATAN SELANGOR CABAR MARUAH SULTAN !!





Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri setelah calon dilantik adalah tidak wajar.




Ini kerana, titah baginda, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, semalam.

Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor telah memerintahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon dipersembahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada baginda.

“Bukannya berbincang selepas jawatan SUK Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik, seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.

“Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK Negeri kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu,” katanya.

Mohamad Munir juga menjelaskan bahawa kenyataan akhbar oleh Abdul Khalid kelmarin yang menyatakan Sultan Selangor berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

“Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan SUK telah disembahkan kepada baginda oleh JPA yang menjalankan kuasa SPA Persekutuan.

“Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Selangor,” katanya.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut

1 comments:

Pendekar Melayu said...

biasalah orang pakatan ni semuanya tamak. sudah berapa juta duit kerajaan negeri disamun mereka.

mereka fikir mereka hebat nak balun sultan tapi sebenarnya mereka dah kalah.

sekarang ni hanya tunggu masa je nak rebah. harap lebih ramai anak selangor yang bangkit lawan mereka.

lebih banyak report polis, lebih banyak tekanan dan pendedahan, insyaallah hancurlah kerajaan pakatan ni nanti.

Powered by Blogger.