Jan 11, 2011

NOVEL INTERLOK - JANGAN JADI BANGANG !!





Sejak akhir2 ini kecoh mengenai kandungan buku novel Interlok yang menjadi novel teks rasmi pelajar2 SPM pada tahun ini. Penggunaan perkataan 'kasta pariah' telah menyebabkan beberapa pertubuhan India di Malaysia naik angin dengan penulis buku tersebut. Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang menulis novel tersebut telah mengungkap realiti masyarakat India yang berhijrah ke Malaysia. Kenapa begitu marah dengan buku tersebut? Melayu CinDia berani mengatakan bahawa masyarakat India dan Malaysia sewajarnya bangga dengan pengeluaran novel ini.



Datuk Abdullah Hussain cuba mengungkap kisah Maniam dari India Selatan yang begitu terpegun dengan cara hidup masyarakat India di Malaysia yang tidak mengambilkira perbezaan kasta. Masyarakat India di Malaysia tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan tidak ada sebarang masalah untuk bergaul sesama sendiri.

Apakah itu menggambarkan bahawa novel ini sebagai rasis? Bukankah masyarakat India sewajarnya berbangga dengan penampilan buku tersebut? Jangan jadikan ia sebagai wadah untuk menyerang politik murahan semata2. Penggunaan perkataan 'paria' itu bukan ditujukan kepada masyarakat India di Malaysia. Ianya merujuk kepada cara hidup masyarakat di India Selatan yang masih mengamalkan cara hidup kasta.

Sejak Malaysia menjulang Merdeka 1957 sehingga hari ini, ada pernah kita dengar kehidupan kasta masyarakat India di Malaysia? Buku ini sebenarnya menggambarkan wajah sebenar Negara ini yang mempunyai semangat perpaduan kaum dan menjulang mertabat rakyat Malaysia.

Buku ini mesti diteruskan sebagai pengajaran mesyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi tanpa mengira ideologi mahupun keturunan. Kerana itulah novel ini dijadikan sebagai salah satu teks utama pelajar2 SPM.

Jangan cuba mengganggu anak2 kita yang akan menghadapi peperangan SPM dengan politik murahan beberapa kumpulan di luar sana. Hentikan serta merta.

MELAYU CINDIA MENYATAKAN PENDIRIAN MENYOKONG NOVEL INI. 1MALAYSIA.


Lihat VIDEO ini. Orang INDIA tidak pula marah dengan tindakan ADUN DAP INI.





Post by... Melayu CinDia

1 comments:

islamic neutron said...

Bagi saya mereka patutn berterima kasih sebb rakyat Malaya dulu x pilih bulu pun. Masa zaman Melayu Srivijaya, penduduk tempatan menggunakan bahasa Sanskrit @ Melayu Kuno yang hanya digunakan oleh Brahmin yang berasal dari Tamadun Indus dan Tamadun Inda.

Tapi, apabila munculnya kedatangan India kini yang majoritinya berasal dari Kerajaan Chola yang bertaraf paria dan hamba, penduduk tempatan kita masih boleh menerima mereka.

Kan kita ni baik hati. Bukan nak berterima kasih.

Powered by Blogger.