Jan 1, 2011

MUJAHID YUSOF RAWA MENGKAFIRKAN PAS !!





Kontroversi buku yang dikeluarkan Pengasas Kelab Penyokong PAS, Mujahid Yusof Rawa telah menimbulkan kontroversi di kalangan ulamak2 PAS yang menganggap beliau cuba mengkafirkan PAS.




Malah, barisan Dewan Ulama' PAS Kedah telah mengharamkan buku tersebut untuk dicetak mahupun dijual di Negeri tersebut. Isi kandungannya amat merbahaya untuk masa depan PAS. Akan tetapi, apa yang dinyatakan dalam buku tersebut sememangnya realiti yang berlaku dan akan berlaku di dalam PAS. Melayu CinDia sendiri amat bersetuju dengan pandangan YB. Mujahid.

Beliau bercakap berdasarkan apa yang beliau nampak di dalam PAS pada masa kini dan ianya satu langkah positif ke arah menasionalkan PAS untuk semua kaum. Namun, Ulamak2 PAS nampak ianya sebagai senjata untuk puak2 Erdogan terus bermaharajalela di dalam parti ini.

Sebenarnya keterlanjuran Ulamak2 PAS memaki hamun YB. Mujahid sedikit sebanyak membongkar masalah dalaman PAS yang masih belum selesai. Masih wujud jurang antara puak Pro Ulamak dan Pro Erdogan yang menjadikan Anwar sebagai idola.

PAS nampak kian kusut dengan arus perjuangan Islamnya. Mana taknya. Perjuangan Islam apabila bercium mulut dengan DAP memakan semula Visi dan Misi tersebut. Alah, selama inipun perjuangan Islam PAS sememangnya retorik semata2. Bukan begitu YB. Mujahid?



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

dzimba MMIM said...

dzimba sudah tahu lama dah.. baguslah kalau ada orang PAS sendiri yang sedar

pacat said...

mana nak cari buku tu!!

Anonymous said...

apa kata beliau meng'usul'kan kepada PAS agar membuangkan nama ISLAM kat parti tu supaya orang tak konfius...sebab depa cuma lah parti politik sahaja....

wallahu'alam...

Powered by Blogger.