Jan 4, 2011

MAHFUZ OMAR BONGKAR RASUAH MB KEDAH !!





Melayu CinDia terbaca sebuah kenyataan akhbar yang memaparkan isu penyelewengan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan Abu Bakar. Ramai di kalangan ahli2 politik mendesak agar SPRM menyiasat beliau kerana didakwa berlaku penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menelan belanja sebanyak RM330 juta.




Dakwaan ini juga mengesahkan bahawa 6 kontraktor yang disenaraikan untuk bidaan tender bagi fasa kedua projek itu telah diketepikan oleh kerajaan negeri, sebaliknya projek itu diserahkan kepada sebuah syarikat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Malah semalam beberapa individu telah membuat laporan terhadap SPRM mengenai isu ini termasuklah Pergerakan Pemuda BN Kedah. Anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd dipertanggungjawabkan membina kampus berkenaan bagi fasa pertama dan bagi fasa kedua pula akan diberikan kepada syarikat melalui bidaan tender.

Malah isu perletakan jawatan Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, Datuk Mahfuz Omar pada 29 Dis lalu, adalah disebabkan rasa tidak puas hati mengenai pemberian kontrak berkenaan secara tidak adil.

Mahfuz Omar nampaknya telah memberi isyarat kepada SPRM agar menyiasat MB Kedah. Ayuh kita desak agar SPRM bertindak dengan segera.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Anonymous said...

biasalah bila kureng popular ada saja cerita disebaliknya, letak jawatan laa gamaknya teringin nak jd MB kot.

Kalau bab mcm jgn ambik pusing sgtlah, kecuali kes kes logik keluar parti, letak jawatan dlm parti, etc etc...mcm sprm kata kalau dah berpaling tadah ada kes pun jd tak da kes, kalau depa tak ambik duit (rasuah) depa buat ugutan dulu pihak saksi lepas tu kalau dah kes dibuang habuan akan dapat.

Powered by Blogger.