Jan 13, 2011

KOMPLOT SULIT PECAT HASAN ALI !!





Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semalam yang membuka ruang untuk bekerjasama dengan SUK Selangor yang baru telah menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin PAS. Melayu CinDia mengucapkan syabas buat Hasan Ali. Ternyata kaji selidik Melayu CinDia mengenai beliau selama ini tidak sia2 dan semalam, beliau sendiri telah mengiyakan pandangan dan analisis Melayu CinDia.




Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kelihatan berang dengan Hasan Ali dan mengingatkan beliau agar tidak memberi pandangan yang berbeza dengan prinsip yang ditetapkan PAS mengenai isu perlantikan Datuk Khusrin. Pendirian? PAS ni ada pendirian ke?

PAS mengamalkan kepimpinan diktator dengan tidak membenarkan mana2 individu di dalam PAS memberi pandangan dan kritikan. PAS yang menumpang kuasa PKR dan DAP takut dengan bayang2 nya sendiri.

Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan SUK Selangor iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan. Hasan Ali juga memberikan amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada.

Di manakah prinsip PAS sebenarnya? Melayu CinDia tunggu jawapan dari De Facto PAS, Nik Aziz pula mengenai kenyataan Hasan Ali. Cilako Cilako Cilako.


Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Anonymous said...

wah pendirian PAS adalah suara dari org tua uzur tu jer yang boleh jadi kenyataan PAS. presiden duk diam jer skarang bahkan Tim presiden pas trus kunci mulut takot kna sihir pok nik...pok nik byk jawatan skrg ni..musyidul am,setiausaha agong,tok nujum smua dia la skrg ni yang lain duk atas jawatan yang xde apa2 makna pun

Anonymous said...

Poknik Harus Bertaubat ngeh ngeh ngeh!

Anonymous said...

hasan ali masuk umno lagi selesa.. banyak habuan dok tunggu..... tengoklah ezam dah dapat sanator tau, 2 bekas yb pkr perak dulu terlepas dari dakwaan rasuah seks sprm yg cekap tuuu.... banyaaaaaaaaaaaak lagi oii! tak mau ka? duit lanun2 umno ni banyak.. tak seperti PR ... miskin saja...

Powered by Blogger.