Jan 31, 2011

KIT SIANG CABAR SOI LEK LAUNG HIDUP CINA ??





Lim Kit Siang hari ini berang dengan tindakan MCA yang dikatakan sengaja menakut2 kan pengundi Cina mengenai perjuangan DAP. Kit Siang dalam pada yang sama mempersoal tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang secara tiba2 lantang menentang parti tersebut walhal sebelum ini ianya tidak berlaku. Kit Siang dalam kenyataannya mendakwa, Soi Lek kini menjadi kambing hitam UMNO yang diberi tanggungjawab menghasut masyarakat Cina mengenai slogan 1Malaysia yang ternyata hanya omong2 kosong. Kit Siang dalam pada yang sama mencabar Soi Lek agar mendesak UMNO agar menggugurkan serta merta pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam jika benar beliau seorang pejuang Cina. Ternyata Kit Siang tidak senang duduk dengan pendekatan BN yang berjaya menambat hati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


0 comments:

Powered by Blogger.