Jan 28, 2011

KENYATAAN BODOH MAZLAN ALIMAN !!





Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.





Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi. Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi. Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza. Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.

Mazlan berkata calon PAS Normala Sudirman berjaya mendapat respons positif dari pengundi di Kampung Payah Merah – tempat tinggal calon BN, Mohd Azahar Ibrahim (atas, kanan).

4 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...
This comment has been removed by the author.
Ular Menyusur Akar said...

Ha...ha...ha...Tidak berpijak dibumi nyata. Kau bawak balik aje cakap tu dan persembahkan kepada Nizar.

agbr47: Ada mata tak mahu tenggok, ada telinga tak mahu dengar. Kepala letak kat lutut.

Anonymous said...

Oh tenang, prk dun tenang, ... umno boleh tidur lena... pas terus berjuang menongkat arus,.. harga sebuah dakwah & jihad,.. bagaikan nabi noh, nabi ibrahim, para rasul yang berdepan dengan kaumnya... pun begitu... air yang tenang jangan sangka tiada "buaya"... kudrat & iradat Allah taala mengatasi segalanya!

Keimanan, kesabaran & keikhlasan Cikgu Mala & pejuang2 barisan hadapan yang lain .. akan menarik rahmat & pertolongan Allah... melalui jundullah disetiap "medan tempur" untuk melenyapkan kebatilan... Kami pohon nusrah Allah untuk Cikgu Mala & PAS dengan sesuatu keajaiban diluar kudrat manusia... Amiin.

ice said...

kepada anon 2.39 di ats sblm ko sambung doa panjang2 aku nk tnye ckit sape yg approved kn perjuangan ko tu btol?

lu syok sendiri la..

Powered by Blogger.