Jan 13, 2011

KEKECEWAAN PAPA GOMO TERHADAP YANG GAMBI !!





Sepertimana yang kita sedia maklum, pada malam tadi seorang pejuang blogger yang terkenal dengan gelaran YANG GAMBI atau nama sebenar beliau Abdul Aziz Shahrom telah pergi meninggalkan kita selama2nya. Beliau merupakan seorang blogger yang sangat komited dalam perjuangannya memertabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Melayu CinDia secara tiba2 terdengar keluhan dan kekecewaan salah seorang rakan seangkatan beliau, blogger Papa Gomo. Adakah Papa Gomo pernah berasa kecewa dengan Arwah Yang Gambi?





Melayu CinDia mengakui tidak pernah bersua atau bertentang mata dengan arwah Yang Gambi. Hanya mengenali beliau melalui 'Alam Maya'. Pertemuan Maya ini bermula pada bulan Mac 2009 ketika Melayu CinDia mengendali sebuah blog UMNO Cawangan. Pada ketika itu, blog Yang Gambi merupakan antara blog pertama yang mula2 Melayu CinDia kenali.

Hasil karya beliau tidak perlu dinafikan. Karya2 blog Yang Gambi ini mempunyai kualiti yang tersendiri. Setiap isu politik yang diketengahkan, akan menggoncang puak musuh politik terutamanya dari pihak Pembangkang. Akan tetapi, beliau tidak menggunakan kata2 kasar atau memualkan. Karya yang sederhana tetapi memberi kesan yang mendalam.

Yang Gambi juga antara blogger yang tak lekang memberi komen2 bernas terhadap artikel yang dikeluarkan Melayu CinDia ketika mengendali blog UMNO Cawangan tersebut. Di situlah bermulanya perkenalan kami di alam maya. Dan ianya berterusan sehinggalah Melayu CinDia mengambil keputusan untuk meninggalkan blog tersebut pada bulan April 2010 dan membuka blog Gelombang Rakyat dengan bantuan Papa Gomo. Agak ralat juga kerana tidak sempat memberitahu arwah Yang Gambi mengenai hal tersebut.

Papa Gomo.... Beliau antara individu yang begitu hampir dengan Yang Gambi. Beliau ada melahirkan rasa kekecewaannya kerana tidak sempat bertemu Yang Gambi semasa PRK DUN Galas yang kerana kesibukan tugas. Papa Gomo dan team Panglima Perang Cyber sudah tentu lebih pilu dan sedih dengan pemergian rakan seperjuangan yang sama2 bangkit memulakan peperangan cyber.

Perjuangan Yang Gambi tidak terhenti sebenarnya. Aura beliau akan disambut bukan sahaja dari sahabat2 seangkatan, malah kesemua blogger Pro Kerajaan akan menjunjung panggilan perjuangan beliau.

"Aku ini, walau pun tidak sempurna, tapi biar hidup seperti LEBAH, tidak akan menyengat kalau tidak diusik, malah berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan madu sebelum pergi. Jangan hidup seperti lalat, hanya suka kepada tempat yang kotor dan jijik. "

-Allahyarham Abdul Aziz Baharom @ Blogger Yang Gambi
-

http://yanggambi.blogspot.com/

AL FATIHAH.

9 comments:

Utusan Pribumi said...

assalamualaikum Blogger GR.

Saya merupakan antara blogger muda baru dalam dunia maya ini.Saya sendiri pun tidak mengenali si arwah dengan mendalam namun kerap kali mengikuti perkembangan semasa blog arwah.

Sama-samalah kita blogger pro BN ini berjuang dalam alam maya membantu pihak kita menangkis segala tohmahan2 pembangkang.

Al-fatihah buat arwah dan sama2 doakan jua utk Papa Gomo yang masih dalam kesedihan itu.

Salam perkenalan GR

En Mohd Fadly
Blogger Utusan Pribumi
Pengasas & Presiden
Gabungan Anak Muda Melayu Bersatu (GAMB)

Pejuang Bangsa said...

Al Fatihah kepada arwah Yang Gambi ..

Anonymous said...

Alfatihah yang syahid gambi tempat kamu lebih baik dari si mati di memali....alfatihah

cari said...

biar mati dalam menongkah kebenaran dari bergelumang fitnah..alfatihah dari bersatuislamelayu.blogspot

Small Talk said...

Salam,
Nama Allahyarham adalah ABDUL AZIZ BIN SHAHROM.
Alfatihah ...

PAPA GOMO said...

arwah seoranhg pejuang Tulen harap kita dapat membantu keluarga arwah...

Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi
Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz

Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!

Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.

... said...

takziah.........

ghostWRITER said...

Al-Fatihah..aku baru jumpa sekali jer AYG masa kat Galas...tak terfikir pula itu merupakan pertemuan pertama dan kali terakhir...

lagenda said...

Salam.

Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat amin

Powered by Blogger.