Jan 27, 2011

ISU SALAM - NIZAR BERANG DENGAN NORMALA !!





Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikatakan berang dengan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Mala yang mengelirukan isu salam sehingga menjadi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Malaysia amnya. Ini merupakan sumber yang diperolehi dari jentera PAS Perak sendiri. Hasil temubual, mereka mengatakan Nizar akan berjumpa Cikgu Mala agar mendesak Cikgu Mala menarik semula kenyataannya berkaitan isu salam.





Nizar merupakan antara Pemimpin PAS yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang isu salam. Nizar dalam kenyataannya (sumber jentera PAS Perak) mendakwa dalam zaman serba moden ini Salam dibenarkan di dalam Islam dan tidak perlulah Cikgu Mala menggamatkan soal hukum hakam Agama ini kerana ianya sedikit sebanyak menberi tempias perli dan penghinaan terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang ini.

Cikgu Mala dikatakan sedikit sebanyak menghina beberapa Pemimpin Wanita Islam di dalam PKR yang juga seringkali bersalaman dengan lelaki. Nizar dikatakan mempersoal adakah seseorang wanita akan dianggap ahli neraka jika bersalaman dengan seorang lelaki?

Isu salam ini nampaknya juga akan menggoncang PAS dan Pakatan secara tidak langsung. PAS selepas bekerjasama dengan DAP dan PKR kelihatan lebih terbuka dalam soal Agama dan tidak lagi merujuk kepada Majlis Syura yang dibentuk dalam menjatuhkan sesuatu hukum.

Selain Nizar, beberapa pemimpin PAS sendiri kelihatan mudah bercampur gaul dengan wanita tanpa segan silu. Malah, beberapa pemimpin PKR yang beragama Islam sendiri tidak menghadapi sebarang masalah untuk berjabat tangan walaupun berbeza jantina. Melayu CinDia menegaskan tuduhan PAS bahawa UMNO gagal menerangkan kepada MCA mengenai isu Islam terkena pada parti ini sebenarnya. PAS bukan sahaja gagal melaksanakan dakwah terhadap DAP, malah juga di kalangan pemimpin PAS sendiri seperti Nizar. Di canang 1Dunia bahawa PAS bersih dari dosa.

Adakah PAS selepas ini akan meminda fatwa mengenai isu Salam? Fatwa Haram Jadah.

5 comments:

Anonymous said...

BRo,

Lu ni bodoh ke apa? aurat perempuan & lelaki tak sama...

santauangin said...

Dalam isu salam bersalam ini aku setuju cara mala buat itu. Ikut hukum agama haram wanita bersentuh dgn lelaki buka muhrim. Ini adalah yg telah di amalkan dlm ISLAM dan kalau mahu kepastian boleh tanya Tuan Guru DR Harun Din tapi jgn tanya garu Niky Ajis. Waniat boleh bersalam dgn lelaki bukan muhrim dgn syarat ada alas nya. Oleh itu tak payah lah nak mempertikaikan isu salam yg telah di tetapkan dlm agama Islam kita akan haram halal nya.

Yg aku heran kenapakah isu ini menjadi jadi sangat, sudahlah tu. Buat BN tolong matikan isu salam bersalam Mala ini, takut takut nanti kerana isu ini BN akan kecundang. Biar ia nya berkubur begitu aje. Cari isu lain yg boleh memikat hati pengundi TENANG agat BN dapat mencapai majoriti yg banyak.

Anonymous said...

semuah dah tunggang langgang...

ada yg dashat lagi... ada rakyat malaysia siap setuh pp lagi dengan shah ruk khan...

sapa kah rakyat tu?... perdana menteri malaysia yg tak rasmi...

Anonymous said...

nizar la yang bodo.. umno xkata pape pun...

aris said...

Sudah-sudahlah tu dengan isu salam.

Kan senang klu pakai sarung tangan kalau nak juga jadi pemimpin dan bersalam dengan orangramai.

Kalau tak ,tak payahlah gatal2 nak jadi wakil rakyat.Rasanya tak sesuailah pompuan pegang jawatan ni.Bagi kat lelaki aje kan settle.

Powered by Blogger.