Jan 19, 2011

ISU ARAK - NIK AZIZ DESAK HASAN ALI DIPECAT !!





20 tahun memerintah Negeri Kelantan. Akhirnya Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat bersuara tentang arak. Apa yang disuarakan? Kini Nik Aziz sekali lagi berang dengan tindakan Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang bukan sahaja membuat kenyataan bercanggah mengenai isu perlantikan SUK Selangor Datuk Khusrin, malah bengang dengan insiden pergaduhan beliau dengan Ronnie Liu mengenai isu arak. Menurut dakwaan salah seorang rakan karib Nik Aziz di Gombak, Nik Aziz beranggapan Hasan Ali tidak lagi layak bersama PAS dan Pakatan kerana suara dan nadi beliau yang lebih ke arah UMNO.




Nik Aziz juga dakwanya tidak teragak2 membawa isu Hasan Ali ini ke Majlis Syura bagi mendesak agar ADUN Gombak ini dikenakan tindakan displin kerana menghuru harakan hubungan 'kekeluargaan' di dalam Pakatan.

Nik Aziz melihat isu arak yang disuarakan Hasan Ali tidak kena pada tempatnya dan mudah terperdaya dengan anasir2 luar tanpa usul periksa terlebih dahulu. Nik Aziz dengan nada yakin mendakwa Ronnie Liu ada perancangan murni untuk membela nasib pekerja2 Islam di kawasan tersebut dan De Facto PAS ini tidak melihat apa2 kesalahan bekerja di tempat yang menjual arak.

Nik Aziz juga melihat Hasan Ali seolah2 ada perancangan kotor untuk menjatuhkan krelibiliti Kerajaan Pakatan Selangor dan melihat ianya amat berbahaya jika benar usahanya itu diteruskan.

Nik Aziz mahu Hasan Ali memohon maaf kepada Ronnie Liu atas keterlanjuran beliau menghukum Pemimpin DAP tersebut. Nik Aziz juga dikatakan telah menelefon Ronnie Liu dan meminta maaf mewakili PAS atas tindakan bodoh Hasan Ali.

Huh... Nik Aziz kelihatan semakin sesat. Melayu CinDia tidak melihat PAS cuba berdakwah untuk DAP, akan tetapi DAP pula yang telah 'mendakwah' pemikiran PAS agar dilihat lebih liberal dari UMNO.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Anonymous said...

Aku harap Cerita ni tak benar, sebab x kan nik azis bodoh dan bangang sampai mancam tu. Dia adalah Tok Guru dan bertaraf ulamak, x kan boleh bertindak sampai macam tu?

Powered by Blogger.