Jan 14, 2011

ISU ARAK - KHALID GEREJA SOKONG RONNIE LIU !!





Pertelingkahan lidah di antara 2 Exco Selangor ini bukan isu baru sebenarnya. Hasan Ali dan Ronnie Liu telah memberi gambaran sebenar masa depan Malaysia jika Gabungan DAP, PKR dan PAS diber kuasa untuk menakluki Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi, di saat Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor melenting dengan tindakan Ronnie, muncul 'jaguh' Gereja yang mempertahan tindakan Ronnie. Siapa orang itu? Yang mengejutkan Melayu CinDia, beliau bukan dari DAP. Tapi dari PAS Selangor sendiri bernama, Khalid Samad.




Jika dahulu dilihat sejarah PAS, jangan dikata minum arak, sebut nama arak pun mereka sudah melenting. Tak payah sentuh arak, orang UMNO sendiri difatwakan mereka sebagai kafir kerana kononnya menolak Islam. Sekarang? Arak jadi aset pendapatan pemimpin2 PAS Selangor. Sampaikan sanggup mempertahankan individu seperti Ronnie Liu dan menepis sahabat dalam parti sendiri.

Sebenarnya semua ini telahpun dirancang rapi. Anwar sememangnya telahpun mengatur strategi untuk menjatuhkan pemimpin2 PAS yang degil dan kepala batu macam Hasan Ali ini. Caranya? Anwar telah melahirkan beberapa anak didik beliau bergiat aktif di dalam PAS. Team ini diberi nama 'Pro Edrogan'. Antara anak didik Anwar yang kini sedang menempuh kejayaan di dalam parti ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad atau nama glamournya, Khalid Gereja.

Ini tugas2 mereka. Apabila berlaku insiden sebegini, orang seperti Khalid Gereja akan mempertahankannya waimah apa jua isu, walaupun ianya akan menjahanamkan Islam. Inilah hasil 'kerjasama' erat yang dicanangkan Anwar. Timbul satu persoalan, apa akan berlaku terhadap masa depan PAS jika kerjasama ini berterusan? Islam yang digunakan PAS satu ketika dahulu untuk menakut2kan masyarakat, kini dijadikan hanya sekadar syarat untuk menarik sokongan mudah. Akan tetapi, matlamat tetap sama. Islam sebagai Mainan Politik.

Tanyalah Ustaz Hadi mengenai masa depan PAS jika kerjasama ini berterusan. Dia tidak mampu melakukan apa2. Tidak mustahil satu hari nanti, Khalid Gereja akan menduduki takhta Hadi Awang. Itulah kejayaan besar Anwar mengkafirkan PAS secara halus.

3 comments:

Anonymous said...

padan muko orang pas bersama pemimpinnya krn rakus sgt mengkafirkan org.....akhirnya org kafir yg menjatuhkan depa dan parti depa....sbb itu kena beramal dgn al quran semua perkara, jgn ambil sikit2 sesedap rasa.....

Mustaqim said...

Khalid Samad yg sy kenal di England dulu memang manusia 'unique'!

Beliau dari zaman sekolah ke Universiti senantiasa mencari keunikan baik dlm pergaulan beliau dan mungkin cara 'way-of-life' dia.

Jadi tak hairanlah kalau beliau ini sanggup ziarah gereja pertama2 kali menjadi MP supaya meraih simpati Kristen Malaysia yg secara halus memperhebatkan pengkristenkan org2 Melayu ini.

Syabas Lid, engkau ni 'a brilliant politician'! Hoping you shall go to hell earlier with them. Thus you should defending Ronnie Liu for the happy-days drinks too! Bodohnya org Shah Alam mengundi si sombong bongkak bertopeng Muslim ala PAS ini.

Rasanya abang beliau Dato' Shahrir Samad pun lebih kurang juga sama otak permikiran yg suka menunjukan kelainan. 'A good Samads' families breed'!

Anonymous said...

Pas hancussss

Powered by Blogger.