Jan 31, 2011

INDONESIA IKRAR JAJAH MALAYSIA!!?






Hari ini Melayu CinDia ingin berkongsi cerita mengenai kisah yang lari dari agrnda politik tanah air. Kisah sebuah rancangan realiti yang pernah menjadi kegemaran masyarakat umum, Akademi Fantasia. Melayu CinDia difahamkan AF pada tahun ini akan berlangsung tidak lama lagi. Selain peserta dan tenaga pengajar, 1 perkara yang dinanti2 kan peminat rancangan ini untuk diumumkan adalah pengetuanya. Khabar berita mengenai perlantikan pengetua yang diimport dari Negara dibantah terutamanya di kalangan peminat2 tegar rancangan tersebut. Adakah ini merupakan salah satu jajahan secara halus dan menjadi misi Indonesia?







Melayu CinDia terkejut apabila Pengetua AF pada tahun ini dilantik dari kalangan komposer luar Negara. Negara mana? Indonesia. Persolannya, rasionalkah pemilihan artis Indonesia untuk memimpin program AF yang dikatakan menjadi nadi kelahiran generasi baru artis tanah air?

Kadang kala terfikir sejenak, adakah Malaysia kini kekurangan sifu2 seni suara yang mampu mengepalai rancangan AF ini? Ramai yang memberi reaksi Negatif terhadap pemilihan vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dani sebagai pengetua AF yang baru. Minat atau tidak, bukan itu yang mereka persoalkan. Akan tetapi, tidak releven malah satu penghinaan apabila Negara kita terpaksa mengimport penyanyi dan komposer dari Indonesia bagi mengepalai sesebuah Akademi seperti AF ini.




Melayu CinDia kadang2 sedih, tapi apakan daya. Ini merupakan lumrah kehidupan. Tidak kira dari mana2 aspek sekalipun, kadang kala kita berada di atas dan kadang kala berada di bawah. Itulah putaran bumi yang dicipta Ilahi.

Hendak salahkan AF pun susah juga, Melayu CinDia pasti, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang begitu gilakan penyanyi2 dari Indonesia, bukan? Tak mengapalah, bukan semua rakyat Indonesia itu jahat. Yang penting sikap hormat menghormati. Tapi bagaimana segelintir rakyat Indonesia yang menghina Malaysia ye?

8 comments:

creative said...

tak kisah lah camne pon...
indonesia pon melayu jugak....

sharing is caring kot

http://mywordismythinking.blogspot.com

Anonymous said...

Kita yang tidak menghargai diri kita sendiri

freemalaysiakini said...

sebarkan www.freemalaysiakini.co kepada pembaca blog anda

melanau blogger said...

dulu bukan main ego si mat dani,kononnya dia tak perlu apa-apa bayaran kalau buat pertunjukan...
dia kata, "saya sudah kaya raya dan datang dari negara kaya raya..."

apapun semoga dapat mengeratkan silaturahim antara dua negara bersaudara..

Anonymous said...

biaq pi lah dia nak lantik sapa pun. kita ramai2 takyah tengok ja AF tu.

red said...

Huhuhu... aku mmg x layan AF... tapi aku rasa, isu ni mmg salah org kita jugak... org kita yg dok agung2 kan band2 indon dan artis2 indon... huhuhu

Anonymous said...

biaq pi depa nak pilih sapa jadi pengetua AF, yang pastinya kita jangan mengundi SMS, buat abis duit kita saja. biaq ASTRO pening macam mana nak pilih pemenang tak dak sapa yang undi. lagi pun ni kan AF yang terakhir, sekurang-kurangnya boleh masuk Malaysia Book of Records, undian SMS yang paling kurang "0".

Anonymous said...

bagi aku mana boleh biaq pi yang ni merupakan satu penghinaan kepada pengiat seni Malaysia ... teruk sangat ker pengiat seni malaysia asik-asik dok ambil indon dah laa dalam tv astro tu penipu dengan citer tahyul indon jer .... produser af nie yang memang steam dengan mat indon nie ... sial haram jadah

Powered by Blogger.