Jan 31, 2011

GUAN ENG - DIN PUDU PUNCA PENGUNDI CINA PROTES !!





Melayu CinDia semakin 'gumbira' dengan kekalahan PAS yang telah memakan dirinya semula. Jika sebelum ini, PAS dengan bongkak mendakwa kerjasama bersama DAP dan PKR memberi kekuatan luar biasa terhadap parti tersebut, kini kelihatan semakin lemah. Apa yang lebih mengejutkan, Ketua Menteri Melaka, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai kekalahan PAS, beliau dengan nada kias meminta pihak wartawan tujukan semula soalan tersebut kepada pihak PAS kerana hanya beliau sahaja tahu jawapannya. Sambil memuji kepimpinan MB Johor, Datuk Ghani Othman dan Presiden MCA, Chua Soi Lek, beliau dengan nada berkias menjawab, "Pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.




Salah seorang wartawan yang berada di sidang media tersebut memberitahu Melayu CinDia, Guan Eng sebenarnya memerli Salahuddin Ayob aka Din Pudu yang bertanggungjawab atas kekalahan tersebut. Din Pudu juga dikatakan telah menyebabkan pengundi Cina di Tenang menolak calon PAS. Ada yang protes menyokong BN dan ada juga yang mengambil keputusan tidak keluar mengundi.

Guan Eng mendakwa ianya berpunca dari sikap bongkak Din Pudu yang langsung tidak menghargai kerja keras dan sokongan total yang diberikan oleh DAP bagi memastikan PAS menang di DUN tersebut.

Sahabat karib Din Pudu iaitu Mat Sabu dikatakan akan menemui Guan Eng bagi menyelesaikan masalah tersebut.

PAS ITU KAFIR... DAP ITU ISLAM... Huh?

6 comments:

Anonymous said...

maaf... mungkin komen ini agak terkeluar dari tajuk.

Apa yang hendak saya khabarkan bahawa blogger ProPembangkang telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan memperakui perbuatan fitnahnya.

Linknya disini: http://pahangdaily.blogspot.com/2011/01/memo-pahang-daily-online-pdo-memohon.html

sesungguhnya janji Allah itu benar. Yang hak pasti berdiri dengan teguhnya dan yang batil itu akan jatuh.

"sesungguhnya memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh"

Diharap pihak admin blog ini dapat mengwar-warkanya

Anonymous said...

Minta maaf... ayat politik sume tu..

Suh Nik Aziz minta maaf kat sume pengundi di Tenang yg undi BN.. Nik Aziz kata sume org tu golongan Jahiliyah..

Anonymous said...

LGE ketua menteri P.Pinang la bukan melaka....

creative said...
This comment has been removed by the author.
creative said...

agak keterlaluan bg pas mendoakan sesuatu yang buruk kepada masyarakat sesama islam.

malu sy nk ngaku dari kelate dengan orang-orang johor

http://mywordismythinking.blogspot.com

intan said...

saya sebagai islam juga keciwa bila Pas yg mengaku parti islam dan di anggotai oleh para ilmuan islam dan arif islam...membodohkan,mengkafirkan ,menyatakan org islam lain jahiliah dan sebagainya....kata anda tahu banyak tentang islam....kekalahan atau kemenangan adalah takdir Allah...adakah org yg menerima takdir harus berkata begitu....benar kata Anony...Nik aziz kena minta maaf dgn semua rakyat johor yg beliau kata kan jahiliah,....SIAPA BELIAU NAK BERKATA BEGITU...SEORG ULAMA..???SEORG ULAMA TIDAK AKAN BERKATA BEGITU....FIKIRKANLAH....KERANA SETIAP MUSLIM BERSAUDARA..

Powered by Blogger.