Jan 27, 2011

DIN PUDU PULA DISAHKAN MANDUL !!





Ternyata tindakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob aka Din Puduraya membongkar isu penyelewengan lelongan tanah telah memakan diri beliau. Din Pudu terus mandul apabila calon BN PRK DUN Tenang, Azahar Ibrahim menjawab semula isu tersebut dengan tenang tanpa emosi. Din Pudu sewajarnyamengambil ikhtibar dari kisah silamnya. Bagaimana perasaan kamu apabila kamu diserang?





Din Pudu mesti ingat Tok Ai adalah insan yang amat disenangi penduduk. Jawatan yang dipegang oleh beliau sebagai Pegawai Perkhidmatan Negeri Johor (JCS) membuktikan bahawa beliau diberi amanah dan kepercayaan untuk berkhidmat bukan sahaja di DUN Tenang, malah di seluruh Negeri Johor. 8 tahun yang lalu pula beliau memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Tanah di Segamat. Tugas dan tanggungjawab dijalankan dengan penuh tekun dan redha. PAS Johor apa buat? Hanya mampu membangkang sahaja dan mencipta kisah penyelewengan yang tidak diserta bukti yang kukuh.

PAS jangan jadi bodoh. Untuk bergelar seorang pentadbir tanah, perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah mewartakan status pegawai tersebut. Maka setelah itu,pegawai ini sudah beri kuasa mentadbir urusan tanah dan tandatangannya pula sudah ada kuasa undang2. Terang2 ditulis di bawah Kanun Tanah Negara, seseorang pentadbir tidak boleh disabitkan atas kesalahannya apabila dia menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Di Malaysia, sejak merdeka lagi sudah ada ribuan kes yang dirujuk ke mahkamah dan ratusan pentadbir yang dikenakan saman pemula. Kes yang kerap berlaku ialah hal pengambilan tanah, lelongan tanah, pusaka dan kuatkuasaan undang2 tanah. Oleh itu, peruntukan undang-undang telah mengatakan bahawa jika ada mana-mana pihak ada niat dan mahu memuktamadkan pertelingkahan,keraguan,kekhilafan,kerosakan terhadap keputusan mahkamah adalah muktamad.

DALAM HAL TOK AI DIA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KEPUTUSAN INI DIPERTIKAIKAN. LANTAS CARA PENYELESAIANNYA IALAH RUJUK PADA UNDANG-UNDANG DAN PERLU DI BAHAS KAN DI MAHKAMAH. MAKA TUAN TANAH MERUJUK HAL INI KEPADA MAHKAMAH UNTUK DAPAT KEPUTUSAN MUKTAMAD. INI YANG BERLAKU SEBENARNYA

Adalah tidak masuk akal dikatakan pentdbir tanah tidak punya intergriti kerana ada kes keputusan mahkamah.maksud 'INTERGRITI' adalah seseorang pegawai itu mendapat habuan,mendapat janjian dan memperoleh sesuatu suapan untuk 'CONDUCT' nya sehingga keputusannya di anggap tidak tepat.jika ada bukti dan keterangan bahawa dia sedemikian maka seharusnya dijadikan kes SPRM.

0 comments:

Powered by Blogger.