Jan 24, 2011

DIN PUDU HASUT PAS SERANG PERIBADI TOK AI??





Anwar Ibrahim kini tidak lagi berani mengadakan sebarang Ceramah kempen PRK DUN Tenang dipulau oleh masyarakat di sini. Sambutan hanya 200 orang yang mendengar ceramah beliau pada hari pertama kempen amat memalukan PAS sebenarnya. Oleh itu, kroni beliau dari PAS, Sallahuddin Ayob atau Din Puduraya telah merancang untuk mengarahkan PAS menyerang peribadi Calon BN, Azahar Ibrahim @Tok Ai. Arahan ini merupakan jalan terakhir bagi menjatuhkan krelibiliti calon yang semakin kuat pengaruhnya.





PAS sebelum ini berjanji tidak akan sesekali menyerang peribadi calon lawan terpaksa memungkiri janji dan menggunakan pengaruh Din Pudu yang kononnya lebih berpengaruh di di kalangan orang Johor. Melayu CinDia sangat kecewa dengan tindakan Din Pudu yang semakin agresif menjadi kambing hitam Anwar dan kuncu2 nya walaupun terpaksa menggadai maruah perjuangan PAS.

Jika hendak dilihat dari aspek moral peribadi, Melayu CinDia rasa PAS lebih arif mengetahui kisah Din Puduraya. Melayu CinDia tidak berniat untuk mendedahkannya atas rasa hormat.

Akan tetapi jangan pula dicabar. Jika Melayu CinDia mendapati ada mana2 blog pro pembangkang yang menyerang, sudah tentu kita akan membuat serangan balas.

2 comments:

Anonymous said...

Nak serang peribadi Tok Ai? Susahlah sikit. Tok Ai tak de isu moral atau apa2 isu negatif. Semua orang Tenang tau perihal ayah dia. Arwah sangat baik, mesra alam, peramah, tak sombong. Dia dijatuhkan dari kerusi Ketua Bahgian pun dgn cara kotor. Semua org Labis tahu tu..Yang jadi isu Tok Ai ni ialah pengalaman dia yg kurang dalam bab berpolitik dan tak ada jawatan tinggi dlm UMNO bahgian. Tapi bagi saya tak jadi masalah besar, pasal Ckgu Rusdin sedia membantu..

Bentaraguru said...

Saya nak maklum kepada Din Puduraya, kawasan kubang kerian la ni banyak dah jalan berlubang-lubang. Buat dan baikilah di mana perlu, jangan asyik nak berbohong di Tenang. Hai orang-orang Tenang, bertenanglah jangan mudah termakan pembohongan pas yang di bawa oleh Din Puduraya dan juak-juaknya ini.

Orang Kelantan dah muak dengan janji-janji Pas yang tak ditunaikan. Sokong Melayu untuk Melayu dan Islam.

Powered by Blogger.