Jan 11, 2011

DEDAH !! - KOMPLOT SULIT NIK AMAR RAMPAS MB KELANTAN.





Kekecohan politik Kelantan bukanlah satu isu baru. Tidak kira dari parti pemerintah mahupun pembangkang, kita dihidangkan dengan pelbagai spekulasi demi spekulasi. Baru2 ini kedengaran suara2 sumbang mengenai jawatan Menteri Besar Kelantan, yang menjadi idaman hampir kesemua pimpinan PAS Kelantan. Ada satu perancangan atau pakatan sulit sedang dipergiat oleh Exco Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah YB Dato' Hj Mohd Amar B Nik Abdullah untuk merampas jawatan MB Kelantan yang dipegang Nik Aziz.




Ini diperakui oleh beberapa kumpulan ekstrim PAS Kelantan yang menetap di Gombak. Mereka mendakwa terdapat beberapa faktor yang telah mendesak Nik Amar bertindak melaksanakan komplot ini yang telah sekian lama dirancang. Faktor kesihatan Nik Aziz menjadi salah satu penyebab perancangan ini dilaksanakan.

Selain itu, kenyataan Nik Aziz yang dilihat semakin bercelaru juga telah menyebabkan kesukaran beberapa ADUN PAS Kelantan tidak mampu lagi untuk menjawab setiap kali ditanya beberapa penyokong. Nik Aziz sebelum ini seringkali membuat kenyataan yang menyimpang dan mengelirukan penyokong2 PAS.

Datuk Husam Musa. Satu nama yang tidak asing lagi dalam arena politik bukan sahaja di Kelanan, malah di peringkat Nasional. Beliau juga digelar sebagai Think Tank Nik Aziz yang terlalu mempercayai beliau dalam melaksanakan tugas2 Nik Aziz.

Nik Amar tidak mampu lagi melihat Husam Musa terus menguasai pemerintahan Negeri Kelantan. Husam Musa telah mula tunjuk taring dengan menguasai hampir keseluruhan tugas2 Exco. Kesempatan tersebut juga telah menyebabkan Husam Musa melakukan pelbagai penyelewengan untuk mengaut keuntungan ekspress hasil Kerajaan Negeri.

Sungguhpun Nik Aziz tidak mengumumkan pengganti beliau bagi jawatan MB Kelantan kepada media2 tempatan, namun kumpulan ekstrimis PAS Kelantan ini mendakwa bahawa salah seorang Pegawai Khas Nik Aziz telah membongkar pengganti Mursyidul Am tersebut. Nik Aziz sememangnya akan memilih Husam Musa sebagai pengganti beliau. Ini merupakan hasil kesepakatan dan perbincangan tertutup yang turut disertai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Nik Amar bersama kumpulannya kini sedang mempergiat kempen secara halus bagi mendapatkan seberapa ramai pengaruh agar Husam Musa tidak diangkat sebagai MB Kelantan. Nik Amar pernah merancang untuk mamatikan karier politik Husam Musa kerana sikap beliau yang banyak melakukan penyelewengan besar termasuklah isu Tanah Ladang dan Balak di Kelantan.

Husam Musa juga telah banyak meracuni pemikiran Nik Aziz sebagai tanda aras beliau untuk meneruskan misi jahat beliau. Malah, ada sumber mengatakan bahawa pada PRK DUN Galas yang lalu, Husam Musa lah yang mencadangkan kepada Nik Aziz agar melawat Penempatan Orang Asli di Loging dan menyediakan sejumlah wang untuk diberi kepada mereka. Isu tersebut telah menimbulkan ketegangan politik di kalangan PAS malah menjadi salah satu faktor kekalahan PAS di DUN Galas.

Namun, Nik Amar tidak mampu menjatuhkan Husam Musa. Kuasa Husam Musa di Kelantan begitu kuat, malah Nik Aziz sendiri tidak pernah mendengar pandangan dari mana2 Exco melainkan Husam. Maka, dengan rasa dukacita, Nik Amar terpaksa melaksanakan misi untuk menjatuhkan Nik Aziz kerana tindakan tersebut juga akan menyebabkan Husam Musa bingung kerana tidak lagi mempunyai pengaruh Tok Guru.

Kemuncak perancangan ini adalah Nik Aziz dengan pengaruh Husam Musa telah menggunakan kuasa Sultan Kelantan yang baru bagi mengukuhkan karier poltik kedua2nya. Nik Amar dikatakan tekad akan memulakan perancangan ini demi maruah PAS Kelantan.



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Mesin Propaganda said...

harap dapat kerjasama tuan, untuk linkkan blog saya ke blog tuan.

http://propagandamesin.blogspot.com

sama2 kita berjuang.

salam.

Anonymous said...

FITNAH!!!

Anonymous said...

Hahahaa... Husam Musa jadi MB.. Abis la Kelantan...

Powered by Blogger.