Jan 1, 2011

DAP LEBIH ISLAM DARI UMNO !!






Semalam, dalam sesi ceramah kempen Pilihanraya kecil Manek Urai anjuran PAS, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz telah membandingkan UMNO dengan ajaran Ayah Pin dan Al-Arqam.



Macam biasalah, cakap UMNO ni tolak Islam dan pilih Kebangsaan. UMNO dikatakan menolak Islam bulat-bulat. Masya Allah. Kenapa lah dengan Tok Guru PAS ni. Kalaulah ye pun nak berkempen, janganlah sehingga menghina UMNO sebegitu rupa.

Nik Aziz, kita sama-sama solat mengadap kiblat yang sama. Kita bersaudara sesama Islam. Kenapa Nik Aziz begitu taksub nak PAS menang sampai pengaruhi orang-orang kamu dengan mengatakan UMNO parti Ajaran Sesat? Nik Aziz, Tuhan kami adalah Allah. Nabi Muhammad saw adalah kekasih Allah dan pegangan Islam kami adalah Rukun Islam dan Rukun Iman. Itu ajaran sesat ke?

Bagaimana pula dengan ahli DAP yang berbangsa Melayu? Mereka tak sesat ke? Tunku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang baru sahaja dilantik sebagai Senator, dia tak sesat ke? Syed Husin Ali pula bagaimana? Seorang pejuang sosialis.. Tak sesat ke?

Nik Aziz, berapa ramai sahabat kamu dari DAP dan PKR yang berjuang dalam sebuah parti yang tidak mengambil kita Islam sebagai salah satu perjuangan. Adakah mereka lebih Islam dari UMNO..? Nik Aziz, Nik Aziz...

Sahabat kamu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) pimpinan Dr. Nasir, mereka tidak sesat ke? Terang-terang berideologi sosialis. Mat Sabu siap hadir merasmikan parti ini. Tak pula dikata sebagai parti ajaran sesat. Siap sokong lagi.

Salahkah kami memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara? Salah? Tak seperti PAS bangga dan bongkak kata mereka sahaja yang perjuangkan Islam. Sanggup mati demi Islam. Bila DAP melenting sikit, kecut perut.

Nasib baik majoriti orang Kelantan dari kalangan Melayu. Di Selangor, apa perubahan yang PAS lakukan yang membezakan dengan UMNO semasa pegang Selangor dahulu? Penang? Kedah? Apa bezanya? Laksana Hukum Hudud? Jangan haraplah selagi kamu bersama DAP, jangan kata dapat laksana Hudud, cakap pasal Hukum Islam sikit DAP sudah meluat.

Inilah strategi kotor yang diamalkan PAS. Menghina UMNO yang perjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Cakap kita ini sesat.. Tapi mereka lupa, mereka sedang bekerjasama dengan orang-orang yang tidak suka akan perjuangan Islam.


Ini merupakan antara Koleksi Artikel Lama Melayu CinDia yang masih disimpan..

1 comments:

islamic neutron said...

Betul juga kata saudara malahan kita x boleh kafir mengkafirkan sebab itulah prinsip ahli sunnah wal jamaah.

Tapi inikan artikel lama. Hmm saya dengar Karpal Singh dah terima agama Islam sebagai agama rasmi cuma belum pasti dia terima undang2 Islam ialah perlembagaan Malaysia.

Tetapi masalahnya, bukankah undang2 tersebut itu di bawah kuasa persekutuan, memanglah x boleh dilaksanakan, kan?

Lagi 1, kalau mana2 perkara dlm senarai persekutuan, negeri dan bersama yang ingin dipinda pula, mesti lah mendapatkan sokongan 2/3 dewan, kan?

Jadi memanglah hukum hudud x leh nak dilaksanakan kalau masing2 dlm dewan tuh vote ikut parti bukan ikut kebenaran. Jadi hilanglah undian 2/3 dewan.

Betulkan saya kalau salah.

Powered by Blogger.