Jan 11, 2011

DAJAL PKR NAK DEBAT DENGAN NAJIB !!





Datuk Seri Anwar Ibrahim ajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka kerana katanya cara itu dapat meleraikan permasalahan pendekatan ekonomi yang berbeza antara Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan Barisan Nasional (BN).




Pada sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar berkata beliau tidak berminat berdebat dengan wakil Perdana Menteri. "Debat dengan PM adalah sebaik-baiknya sebab dia yang serang kita secara terbuka. Dia tuduh program kita kalau dilaksana boleh buat negara muflis. Sebaik-baiknya Najib sendiri tampil mempertahankan hujah beliau dan beri peluang kita pertahan hujah kita pula. Biar rakyat yang nilai dan buat keputusan," katanya.

Apabila ditanya apakah yang tindakannya sekiranya Najib menolak pelawaan untuk berdebat, Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri Najib sewarjanya menerima undangan itu.

"Kita tak mahu PM berselindung di sebalik penguasaan media dan memadamkan fakta. Beliau kata Janji 100 Hari Pakatan Rakyat jika dilaksanakan menjerumus kepada kebangkrapan dan menyebut negara Greece.

"Negara itu terjerumus ke tahap kebangkrapan kerana pemimpinnya mempermainkan angka, menipu danmemberi gambaran kepada rakyat bahawa keadaan ekonomi ampuh dan lunak walhal kecurangan, hutang dan rasuah cuba dihapuskan.

"Saya lihat perkara yang sama berlaku di sini. Maka, untuk meleraikan pemasalahan ini, bagi kepentingan rakyat dan negara memandangkan satu pendekatan penyelesaian permasalahan ekonomi yang ketara berbeza antara UMNO-BN dan Pakatan Rakyat (PR), saya cadangkan debat terbuka antara kami dan kerajaan BN diadakan supaya isu dan angka ini dapat didedahkan kepada awam. Jadi, biar rakyat memilih berdasarkan fakta dan bukan penipuan serta cubaan mempermainkan angka," katanya.

Anwar berkata kerajaan PR akan melancarkan perang habis-habisan berhubung perkara ini dan akan menjadikan ia sebagai salah satu isu dalam Pillihanraya Kecil (PRK) Tenang, selain isu harga kenaikan barang.



Laporan Bernama

1 comments:

Anonymous said...

jgn mudah mengelarkan dengan nama sangat buruk..........ambil cermin tengok macamana rupa anda dan alih cermin bayangkan bagaimana rupa anda yang lahir dicermin tadi..........rupanya??????

Powered by Blogger.