Jan 12, 2011

COMFIRM !! - HASAN ALI SOKONG KHUSRIN.





Pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.



Exco Hal Ehwal Agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya. Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

Tambahnya, beliau akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan. Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi. Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya. Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin. Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu. "Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.


Laporan Bernama

2 comments:

Hahn said...

Alhamdullilah Hassan Ali dah mula bekerja sekarang untuk menyelamatkan segala punca pendapatan yang telah di guna dan akan di guna.

Tak lah berulang alik ke ATM dan bank saja.

Anonymous said...

Walau dicemuh oleh Golongan Jahiliyyah Assobiyyah Sekular UMNO,
Bravo Suhaimi Shafie, anda telah tunaikan perintah Rasulullah SAW ...

Mafhum sabda Rasullallah SAW:
Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.

Bravo Suhaimi, anda telah menegur Sultan & Ketua Agama Islam negeri anda ... supaya tidak bersikap EGO dengan hanya kuasa pinjaman Allah taala itu... supaya kembali bertindak berasaskan kepada kebenaran bukan berdasar prasangka atau hasutan manusia2 hipokrit opportunis disebalik istilah "Melayu & Islam" ...

Jangan layan gelagat pengampu2 hipokrit UMNO/ kaki bodek brahim ali tu..... masa krisis perlembagaan 1983 & 1993, masa mahathir mamak iskandar kutty lanyak raja2 melayu dulu.. masa krisis terbaru perlantikan MB trengganu 2008, budak2 UMNO menyebut "Nnate!! (binatang!!) kepada sultan terengganu/YDPA sekarang .. apa UMNO buat????? ..hipokrit & opportunist UMNO...

Bravo Suhaimi, Allah sentiasa bersama dengan pejuang kebenaran & keadilan ...... berjihad menentang kebatilan & kezaliman...

Semoga Raja2 Melayu sebagai Ketua Agama Islam dinegeri masing2 sentiasa beriman & taat kepada perintah Allah dalam setiap urusan seperti akhlaknya, tindak tanduknya dan tadbirnya ….. Allahu Akbar!

Powered by Blogger.