Jan 23, 2011

CALON BN PELENGKAP DINASTI TENANG !!





Azahar Ibrahim adalah pelengkap DINASTI LABIS. Itu merupakan sebab utama beliau layak memegang kerusi DUN Tenang. Legasi Dinasti Tenang yang telah mula dicorakkan melalui keturunan beliau yang bukan sahaja lahir di Tenang, malah Moyang beliau sendiri yang bernama Tok Tenang merupakan salah seorang tulang belakang utama lahirnya kawasan ini. Persoalannya, relevenkah kelayakan beliau sebagai ADUN Tenang hanya disebabkan beliau berketurunan Tok Tenang?





Jika dilihat berdasarkan kisah sejarah keluarga beliau, Azahar Ibrahim bukan sahaja didedahkan dengan pengalaman politik dan pimpinan kemasyarakatan yang sangat meluas, malah beliau sendiri dilahirkan dalam persekitaran politik tempatan dan tanah air. Generasi pertama keluarga Tok Tenang tidak dapat dinafikan dikenali sebagai seorang pemimpin utama yang bertanggungjawab memastikan Tenang dilihat penduduk luar sebagai sebuah kawasan yang dapat membantu masyarakat. Legasi ini diteruskan oleh arwah bapa beliau yang pernah memegang jawatan ADUN Tenang pada tahun 1999 hingga 2004.

Kronisme.. Mungkin itu yang akan terdetik di fikiran sesetengah pihak. Melayu CinDia berpendapat tidak adil masyarakat melabelkan keluarga beliau dengan gelaran tersebut. Ini kerana ketika bapa beliau seorang Ahli Politik, Azahar Ibrahim tidak bergiat aktif dan hanya mengikuti perkembangan melalui bapanya sahaja. Beliau tekad meneruskan agenda perjuangan ini setelah bapa beliau telah meninggal dunia.

Malah, dari sudut positif, Azahar Ibrahim bukan sahaja layak berdasarkan pengaruh dan pendidikan beliau, malah pengalaman persekitaran beliau juga dilihat telah dijadikan sebagai panduan utama sebelum bergiat aktif ke kancah politik tempatan. Azahar Ibrahim yang berkelulusan Ijazah luar Negara telah menjadikan pengalaman bapanya yang dikenali seorang pemimpin berjiwa rakyat sebagai rujukan penting dalam hidupnya.

Melayu CinDia pasti, penduduk2 kawasan lebih arif tentang calon BN ini dan tidak menafikan, beliau jauh lebih layak jika dibandingkan dengan calon PAS, Puan Normala. Pihak PAS sendiri tahu jurang perbezaan in. Pilihan calon wanita mewakili PAS dikira hanya pancing politik murahan bagi memastikan pengundi2 wanita di DUN Tenang akan memilih calon dari luar ini.


2 comments:

Hang horatio said...

agkat bakul sendiri ke fakta atau psiko ni?

Anonymous said...

Maaf Bro...tak sedap sangat bunyi Pelengkap Dinasti tuuu....macam BN/UMNO ni milik keluarga aje sama macam Lim Kit Siang sekeluarga, Karpal sekeleuarga, Anwar sekeluarga,..dll. Sebenarnye, calon BN adalah keturunan Penghulu asal Kampung Tenang!! Cukup Bro...bukannya nak lanjutkan dinasti!!!

Powered by Blogger.