Jan 11, 2011

BUKTI !! - KENYATAAN ANWAR HINA RAKYAT SARAWAK.





Kelmarin De Facto PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan barisan Pengerusi PKR setiap Negeri bagi tahun 2011-2014 termasuklah Negeri Sarawak. PKR telah memilih Baru Bian bagi mengetuai PKR Negeri tersebut. Akan tetapi, perlantikan Baru Bian telah mencetuskan kemarahan sekumpulan besar penyokong PKR di Sarawak. Perlantikan yang dikhtiraf hanya melalui sms dan diumumkan di Kedai Kopi tanpa mengambilkira pandangan akar umbi ternyata seolah2 PKR Pusat tidak serius dan menghina sistem keadilan yang dicanang Ketua Pembangkang tersebut.




Ini juga merupakan satu penghinaan bukan sahaja terhadap pimpinan PKR Sarawak, malah sikap tidak profesional Anwar menggunakan kuasanya membabi buta untuk memilih orang2 beliau yang berkepentingan.

Langkah tersebut juga dilihat satu penghinaan terhadap rakyat Sarawak jika benar Anwar akan mengangkat Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika menang pada Piliharaya akan datang.

Berbeza dengan BN Pusat, sebarang perlantikan Pengerusi BN Sarawak akan dibawa bincang secara menyeluruh dan ianya melibatkan kesemua komponen parti termasuklah PBB, SPDP, PRS dan SUPP. Pengerusi BN Pusat akan berbincang bersama pimpinan komponen BN Sarawak dan mencari jalan penyelesaian baik untuk memilih calon yang layak menerajui BN Sarawak.

Isu ini telah dilaporkan kesemua blog Sarawak termasuklah blog MUDA TENGAH, MELANAU BLOGGER, PENILAI SEBUYAU, MUKA PETANG, KUCING HITAM, DAN ALEHKOYANG. Blog2 ini berang dengan sikap Anwar yang ternyata mempunyai agenda peribadi sehingga sanggup mengenepikan maruah dan perjuangan parti yang kononnya membela rakyat.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.