Jan 21, 2011

BIG MAMA AKHIRNYA BERSUARA !!





"Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin. Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak. Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet. Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya."





Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut. Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada media Malaysia di Muscat pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

Bernama melaporkan dalam lawatan itu, Rosmah disertai beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Beliau merupakan tetamu kerajaan Oman, kali pertama dalam tempoh 20 tahun, seorang kenamaan Malaysia diberi keistimewaan itu.

Rosmah juga mengulas mengenai lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini di mana beliau memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.

"Saya dimaklumkan di Riyadh bahawa saya dijemput bukan hanya kerana saya isteri seorang perdana menteri. Apa yang nyata, mereka telah menyelidik dan mengkaji untuk melihat apa yang saya telah sumbangkan kepada pendidikan kanak-kanak terutama bagi yang berumur di bawah empat tahun dan begitu juga dengan kanak-kanak yang berbakat.

"Dan saya sangat gembira bahawa malah di Arab Saudi, mereka telah mengiktiraf kenyataan bahawa adalah sangat penting memberi perhatian kepada pendidikan awal dan jagaan ke atas kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang berbakat. Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu.


7 comments:

Anonymous said...

Betul lah tu.. beliau pergi atas jemputan, bukannya suka2 meroyan kesana - kesini burokan negara mcm org tu.. anak beranak..!!!

shecove said...

way to go big mama !

Anonymous said...

klu dah hati perut dah penuh dgn perasaan syaitan....apa juga kebaikan yg dilakukan bagi mereka semua nya kejahatan...ini lah sifat2 iblis....yg baik dia nampak jahat dan yg jahat dia nampak baik.....jgn toleh belakang datin seri'...terus kan perjuanagn kerana bangsa melayu masih lagi blm dapa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn bansa lain dinegara ini.....hanya umno saja yg amat perihatin terhadap kemajua anak bangsa...pas pkr hanya sekadar nak merosak kan saja....

Anonymous said...

Apa yang nak dikecohkan tentang DS Rosmah buat?bagi aku beliau tidak membuat apa2 kesalahan pun.beliau tidak mencampuri urusan PM Najib seperti yang budak-budak aras 4 dan KJ Beruk buat sewaktu pemerintahan Dollah Bengap.Beliau tak curi duit negara macam KJ Berok dan budak-budak aras 4 buat.bagi aku,ini semua kerja KJ Berok yang nak bunuh character DS Rosmah!

Anonymous said...

Rakyat menilai... Najib dibayangi atau dibawah pengaruh dua kuasa utama:
1) Bininya Rosmah (self proclaimed- Malaysian first lady....)
2) Mentornya Mahathir ( bapa konspirator & korupsi ) ...

Pada mata rakyat. Rosmah & Mahathir adalah LIABILITI UMNO & NEGARA hari ni... mungkin silap? ... sehinggalah keputusan PRU13 nanti.... hehehehe

rantai said...

Rosmah bukan seorang menteri .... dia hanya isteri kepada seorang menteri....

Dia tidak ada portfolio menteri .... kementerian mana hendak dipertanggungjawabkan peruntukan kewangan yang begitu besar untuk projek permatanya itu?

Anonymous said...

[url=http://www.canadagooseistockholm.com]canada goose[/url]
Det alltid ingen måste ha att lämna där du kan hitta tjäna miljoner, eftersom din möjlighet knackar rätt i en enkel dörren , och också, väntar din goda varmt mottagande som du tjänar du väg som kommer att hjälpa större vinster.
,[url=http://www.canadagooseistockholm.com]canada goose[/url]
 Nyligen på samma sätt som 1 stor sällskaplig test, din idé kan mycket väl vara trycka begränsningar, som utgör idag principer som även conitinues längs och som en konsekvens inrätta din algoritmer att positivt variabler oväntade igår.
http://www.canadagoosejackorbilligt.com
 Deras auditiva dyslektiker kan höra bokstaven eller bara ord rörig som, så kan bara vara inte för att upprepa något som tyvärr den person helt hörde stund sedan. De flesta människor idag förknippar dyslexi när det gäller att bläddrar svårigheter.

Powered by Blogger.