Jan 20, 2011

ANWAR TERUS MANDUL KENA CARUT DGN. NAJIB!!





Melayu CinDia pecah perut dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau sebenarnya tidak mempelawa PM, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdebat. Beliau mendakwa kononnya hanya mahu berbincang secara ikhlas demi mematapkan ekonomi Negara. Semalam, beberapa Media Massa termasuklah Astro Awani dan Buletin Utama telah menyiarkan Surat Rasmi yang membuktikan bahawa Anwar menjemput PM untuk mengadakan Debat secara terbuka mengenai soal Ekonomi dan Buku Jingga Pakatan Rakyat. Ternyata amaran Dato' Seri Najib yang akan membuka kesemua maklumat jika perdebatan diteruskan menggerunkan Ketua Pembangkang ini. Anwar Al Juburi kecut teloq.



Berikut merupakan penafian Anwar terhadap Debat secara terbuka yang dilaporkan Bernama : -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

7 comments:

Anonymous said...

Pity negara ku!
PM kaki tipu
Selalu kena duku
oleh big mama bini mu
Altantuya Sharibu
Najib mesti tahu
sama ada banyak bulu
Jadi PM kutip komisyen selalu
Jangan ingat rakyat tak tahu
Aduh! macam ini mampus lah pemimpin Melayu.

Anonymous said...

Pity negara ku!
PM kaki tipu
Selalu kena duku
oleh big mama bini mu
Altantuya Sharibu
Najib mesti tahu
sama ada banyak bulu
Jadi PM kutip komisyen selalu
Jangan ingat rakyat tak tahu
Aduh! macam ini mampus lah pemimpin Melayu.

Anonymous said...

Noi mangkok bacalah betul-betul surat DSAI tu... bukannnya DSAI mandul najib tu terus hilang tekur...

keluarlah dari tempurung tu...

Anonymous said...

hahhaha..bincang dgn bekas banduan??? Tak payahle..mengabehkan boreh aje..bekas banduan yg layak berbincang atau berdebat ke apa ke tentulah yg setaraf dgn dia jugak yakni kenalah cari bekas banduan jugak ngeh ngeh ngeh:P

Anonymous said...

Firman Allah SWT, maksudnya, " Hai orang-orang beriman, janganlah suatu kaum (puak) dari kalangan lelaki mengolok-olokkan puak yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jan...gan pula dari kalangan wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diolok-olokkan) lebih baik dari wanita-wanita (yang mengolok-olokkan) dan jangan kamu mencela dirimu sendiri (yakni sesama mukmin kerana orang mukmin seperti satu badan) dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman (yakni seperti panggil hai fasik, hai kafir dll) ; dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim . "

Seterusnya firman Allah (maksudnya): " Hai orang-orang beriman , jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau keaipan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat-umpat sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal." Ayat 11-13 Al Hujurat

Ular Menyusur Akar said...

Ha, tu dia, ulamak PAS dah keluar siap dengan firman. Ayat tu, dah betul. Aku pun beriman dengannya. Tapi jangan jual ayat....

Apa pun Nuar dah nyanyok. Hari ni dia buat u turn. Tapi tak berani cakap sendiri supaya boleh beri alasan pada belakang Hari.

Kah...kah....kah....

Altantuya Sharibu.....bodoh punye mangkok. Panggillah kapal karam yang kononnya terror tu hentam kat parlimen dan mahkamah.. Tukang fitnah pun dah mengaku baii.. bodoh punye mangkok. Menyalaklah engkau....

Anonymous said...

Cute la gmbr tu..sesuai ngan tuannya..

Powered by Blogger.