Jan 31, 2011

ANWAR KATA GOBALA DASAR KELING PARIAH !!





Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba cover line tentang tindakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai Kedah N Gobalakrishnan ‘angkat kaki’. Sebelum ini ketika Gobala terus menerus membalonnya menerusi twitter,kenyataan media dan sidang akhbar Anwar hanya menyepi.





Ditanya wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Ahad,Anwar kata beliau telah lama menjangka Gobala akan keluar daripada parti itu. Katanya tindakan Gobalakrishnan itu juga tidak menjejaskan PKR.

"Dia dah keluar tak apalah, biar kita teruskan," katanya.

Ketua Pembangkang itu diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang dilapor meninggalkan PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti tersebut, semalam. Mengulas lanjut, Anwar berkata pucuk pimpinan parti itu bagaimanapun masih belum menerima surat rasmi daripada Gobalakrishnan berkenaan perkara tersebut.

Setakat ini beliau hanya mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Twitter dan Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, kata Anwar. Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, Gobalakrishnan yang juga Naib Presiden PKR berkata tindakannya itu disebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.


Laporan Agendadaily

0 comments:

Powered by Blogger.