Jan 5, 2011

AKSI LUCAH KONSERT WALI BAND DI KELANTAN !!





Ramai di kalangan pemimpin PAS Pro Ulamak berang dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak mengawal dengan rapi Konsert Wali Band yang telahpun berlangsung di Bandaraya Islam Kota Bharu. Keadaan dikatakan tidak terkawal sehinggakan berlakunya pergaulan luar batasan lelaki dan wanita. Malah, ramai wanita yang hadir ke konsert tersebut dilaporkan telah diraba beberapa kali. Jap? Bandaraya Islam?




Keterbukaan Nik Aziz menganjurkan konsert2 sedemikian bagi mendapatkan undi terdesak pada PRU 13 telah memakan diri beliau sendiri. Jika dahulu, usahkan hendak menganjurkan konsert, wanita nak menyertai Pertandingan Tilawah Al Qur'an dilarangnya. Kini?

Ini disahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi yang menyifatkan penganjuran konsert ini tidak terkawal dan pergaulan bebas lelaki dan wanita berada pada tahap luar batasan. Ini adalah satu perkara yang amat memalukan setelah PAS Kelantan melarang sebarang bentuk konsert yang mengkhayalkan sebelum ini.

Sebelum ini, PAS berulang kali memburuk2 kan Kerajaan Persekutuan menganjurkan Konsert2 artis yang kononnya mengkhayalkan dan tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat terutamanya anak2 Muda. Adakah PAS akan menarik semula 'fatwa' bahawa haram mendengar atau menyertai konsert yang boleh membawa unsur2 mengkhayalkan?

Politik tetap politik juga. PAS boleh mengubah dasar perjuangan Islam mengikut situasi. Begitu sekali Agama Islam menjadi mangsa mainan politik PAS. Apa yang dihina, dicaci maki kepada Kerajaan BN satu ketika dahulu kini berlaku pada mereka.

Sementara itu, Ustaz Tantawi juga mendesak agar mangsa yang diraba membuat laporan polis dengfan segera. Heh? Ustaz Tantawi lupa meminta restu Nik Aziz sebelum membuat sebarang kenyataan berbentuk kritikan. Tak takut ke jadi mangsa seperti Exco Selangor, Dr. Hasan Ali?

Sebelum ini, Nik Aziz memberi jaminan bahawa konsert sebegini tidak akan dicemari dengan insiden2 yang ditetapkan Enakmen Kawalan Hiburan 1998.

1 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

TUNGGULAH. LEPAS NI GROUP YANG BUAT TIGER SHOW DI PENANG AKAN BUAT PULAK DI KOTA BAHRU.

HUKUMNYA KITA TUNGGU APA NASIHAT LIM GUAN ENG.

Powered by Blogger.